Assalamualaikum wmt wbkth..

Setelah sekian lama rasa tak berceloteh dalam blog saya ni. Sebelum ini saya sibuk mengerjakan umrah sambil ziarah Mesir. Ada saya posting kan tentangnya di posting yang sebelum ni.

Untuk kali ini, bersempena kita dah nak mengakhiri tahun 2018, saya nak bercakap sedikit tentang soal trading. Mungkin ada yang dah dengar bebelan panjang saya tu di di group channel telegram AlgoGold.

Tapi untuk dalam blog kali ini, saya nak kupaskan panjang lagi berkenaannya Yelah! Ini ajer medium yang sesuai untuk saya luahkan pendapat dan pandangan saya panjang-panjang tanpa ada komentar-komentar yang menyelit apa yang saya suarakan.

Kalau anda bukan trader, tak apa.. Anda boleh duduk, dengar dan ambil tahu akan isu semasa ini. Bagi saya ia satu isu semasalah.. Sebab memang ini yang terjadi kini..

Dunia trading sekarang ni kalau anda tengok telah banyak rosak disebabkan oleh sebahagian dari perangai orang yang rakus dengan scam orang lain. Mesti anda tahu kan.. Betapa ramai rakan-rakan, kenalan-kenalan dan masyarakat kita yang selalu ditipu dan discam oleh orang yang suka ambil kesempatan ini..

Isu scammer ini semakin hari semakin berleluasa.. Bukan hanya pada trading, bahkan pada instrument pelaburan lain juga mereka ambil kesempatan.. Nak katanya selagi benda tu boleh buat duit, selagi itulah mereka akan pergunakannnya untuk menipu orang ramai..

Asalnya dunia TRADING ini adalah indah…. Sangat indah..

gold trading, gold investment, pelaburan emas, analisis pasaran, dvd gti

Mengapa saya cakap indah? Kerana di dalamnya mempunyai ilmu yang sangat hebat yang jika anda dapat kuasai, maka anda akan dapat menikmati apa yang anda kehendaki. Ini apa yang saya nampak dalam dunia trading. Dan saya pasti, ramai lagi trader yang nampak apa yang saya nampak ini..

Walaupun kerjanya hanya menghadap laptop atau PC, tetapi dengan itu sahaja anda dah mampu menggapai satu demi satu cita-cita dan impian anda.

Hebatkan!

Inilah peredaran zaman.. Jika zaman dulu, orang nak ‘mencari sesuap nasi’ ajer terpaksa membanting tulang 4 kerat iaitu dengan kederat sendiri. Kalau tulang 4 kerat tak digunakan sebaiknya, jangan bermimpi untuk rezeki itu bergolek depan mata.

Namun, peredaran zaman telah membuka satu ruang atmosfera yang dahulunya tidak terfikir oleh golongan marhain untuk follow @ menjejaki apa yang dilakukan oleh pihak bank dan institusi untuk menggandakan wang dalam tabungan mereka.

Era ini adalah era 2020. Semua orang berhak untuk menjadi ATM machine diri mereka sendiri. Semua orang layak untuk mencetak wang dalam tabungan mereka sendiri. Termasuklah anda.. Kerana era 2020 ini tidak membezakan anda orang kampung atau orang bandar. Yang penting anda mempunyai ilmu trading..

Adakah anda bersedia?

gold trading, gold investment, pelaburan emas, analisis pasaran, dvd gti

Tahun 2019 adalah lembaran baru untuk kita melangkah ke alam Do – It. Iaitu dari selalu berkhayal tentang impian kita kepada kita melangkah untuk mencapai impian tersebut. Perkataan Do – It ini adalah juga slogan Nike. Dengan katanya ‘Just Do It’. Bak kata orang-orang muda, “Buat Ajer”.

Tapi kalau dari sudut bunyi pula, Do – It ni kan hampir sama bunyinya dengan perkataan DUIT. Yang membawa erti masa untuk kita semua BUAT DUIT. Inilah masanya untuk kita keluar dari kepompong kehidupan kita yang biasa-biasa untuk join golongan orang yang luar biasa pula.

Ye LUAR BIASA…..

Luar Biasa yang cop DUIT mereka setiap hari.

Sebab sampai bila anda nak duduk ditakuk yang sama??

Dalam hidup ini anda perlukan TRANSFORMASI. Untuk transform kan diri anda dari biasa-biasa kepada luar biasa..

Anda pernah tak tengok cerita Transformer?? Selalu si Optimus Prime yang memegang watak sebagai captain dalam tu selalu sebut pada gang dia “AUTOBOT TRANSFORM!!!!” Masa tu masing-masing dari robot akan bertukar kepada kereta dan machine.

Sebab apa mereka bertukar? Sebab mereka perlu TRANSFORM untuk bergerak LEBIH laju dan mara kehadapan..

So samalah macam anda. Anda pun kena transform untuk majukan diri anda kehadapan.

Apa kata untuk tahun 2019 in kita sama-sama transform jadi lebih baik? Kita semua transform untuk mara ke hadapan untuk sama-sama berjaya demi maruah kita semua..

Lepas anda…

Tahu

Faham

Yakin

Jom kita….

Do-It

Salam Sayang

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.