Tak sangka kejap aje lagi dah nak habis tahun 2018. Dan budak-budak pun dah nak masuk sekolah semula. Walaupun saya ni sibuk dengan urusan kerja, tapi waktu anak-anak tengah cuti musim sekolah ni saya ambil juga sedikit masa untuk mereka.

Saya bawa mereka keluar buat aktiviti luar. Kalau selalu terperap dalam rumah pun tak elok juga. Sebab ia menyekat perkembangan minda anak-anak.. Bak kata pepatah, “jauh perjalanan luas pemandangan”. Daripada dia orang menghabiskan masa dengan gadget ajer kan!

So aktiviti apa yang saya dan anak-anak saya buat tu?

Saya bawa mereka ke tasik Shah Alam buat aktiviti air. Aktiviti yang saya rasa memang sangat-sangat best dan mencabar. Secara tak langsung ia mengimbau kenangan semasa saya di universiti dulu.

Aktiviti Kayak

Kayak ni aktiviti best tau.. Ia satu sukan outdoor yang kena mempunyai latihan emosi yang kuat selain kena ada stamina fizikal yang kental.. So sambil tengok anak-anak berkayak, saya pun berikan guide kat dia orang tentang macam mana nak mendayung kayak tu.

Coach anak berkayak

Bila berkayak ni mengingatkan saya zaman muda remaja dulu.

Masa saya belajar dulu, saya pernah buat aktiviti berkayak dari Johor ke Kepulauan Riau. Ia memang satu pengalaman yang cukup indah dan manis buat saya..

Cuba ajer awak bayangkan betapa lama nak berkayak untuk sampai ke destinasi tu.. Bukan dekat-dekat tau. Makan masa berjam-jam.

Kalau saya give up dipertengahan jalan, dah tentu saya takkan sampai ke destinasi dan mungkin tersadai di lautan.. So, emosi kena kental dan saya kuatkan semangat untuk teruskan kayuhan dan inilah transformasi saya..

Dan saya boleh katakan inilah dia salah satu dari transformasi DALAMAN diri yang kuat yang masih saya rasai sampai sekarang ini.

Sekarang ni saya pula ajar anak main kayak.. Biar dia orang rasai pengalaman baru.. Rasai bagaimana emosi dan fizikal mereka koyak dan bagaimana nak atasinya..

Barulah dia orang boleh transform jadi lebih baik cara saya ajar anak-anak saya. Tak tahulah orang lain kan! Lain orang lain acuannya..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.