Adakah anda mengalami masalah untuk Entry dan Exit dalam pasaran?

Saya pasti masih ramai lagi trader yang mengalami masalah yang sama iaitu mereka tidak tahu bagaimanakah caranya untuk entry atau exit dalam pasaran dalam keadaan yang tidak menyumbangkan kerugian yang teruk pada mereka.

Walaupun masalah ini lebih banyak dihadapi oleh trader baru, namun tidak terkecuali juga bagi trader yang dah lama dalam trading. Bagi trader lama, walaupun sudah ada pengalaman, tetapi mereka selalu keliru dengan style trading sehingga tidak tahu mana satu cara perlu mereka follow. Ini ingin dicuba. Itu pun ingin dicuba. Akhirnya tak tercuba-cuba sebab dah confius.

Sebab itu anda perlukan sistem supaya trading anda teratur. Untuk entry dan exit, anda perlu tahu dan kenali apakah kehendak anda. Anda ini trader yang bagaimana?? Adakah trader jenis short term? Atau trader jenis long term? Sebab teknik untuk entry dan exit tu berbeza.

Penting untuk anda kenal posisi diri anda sebab ia yang akan membawa anda menggunakan cara entry dan exit mengikut posisi anda.

Short Term Trader

Bagi short term trader, sudah tentulah untuk entry anda perlu menghadap market. Lihat keadaan pasaran ketika itu sesuai atau tidak untuk anda entry. Jika sesuai, anda bolehlah masuk entry dengan menggunakan lot size yang bersesuaian dengan fund anda.

Penggunaan timeframe untuk short term trader juga kecil seperti tf M5, M15 dan H1.

Untuk exit, anda boleh letakkan siap-siap take profit anda mengikut target yang anda inginkan sama ada 100pip ke, 200pip ke. Atau anda sendiri boleh tunggu di depan market dan close position bila dah capai profit yang anda inginkan.

Long Term Trader

Manakala, bagi long term trader pula, sudah tentu entry yang dilakukan berdasarkan kepada analisis teknikal terlebih dahulu. Anda boleh pasang pending order beserta take profit dan stop loss siap-siap sebelum meninggalkan pc anda.

Penggunaan timeframe bagi long term trader juga lebih besar untuk melihat keadaan pasaran dalam keadaan lebih besar. Tf H4, Daily dan Weekly yang akan digunakan untuk trader buat analisis dan meramalkan di manakah target profit yang sesuai diambil.

Kalau anda rasa sibuk nak hadap pasaran tiap-tiap hari, anda boleh jadi long term trader. Entry siap-siap, dan siap-siap juga standby Tp serta SL. Biarkan aje pasaran bergerak dan tunggu profit je.

Malah anda boleh pantau position anda dalam smartphone ajer..

Anda nampakkan bezanya antara trader short term dan long term?

Sebab itu jugalah cara dan teknik yang digunakan kedua-duanya pun berbeza. Jika anda short term tapi guna teknik long term, habislah trading anda nanti..

Nanti saya sambung lagi eh topik ni!

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.