Isu scammer ni bukan satu isu baru. Tetapi dah lama dah ia wujud. Scammer akan guna apa cara sekalipun untuk menipu orang ramai agar membuat pelaburan terhadap ‘bisnes’ mereka itu.
Termasuklah menggunakan profile selebriti, ahli politik mahupun ‘Tycoon’ Malaysia di media sosial untuk meraih kepercayaan orang ramai terhadap pelaburan yang mereka kendalikan.
Yang terkini saya perasan adalah isu scam yang menggunakan Ananda Krishnan sebagai sumber utama untuk menarik orang ramai membuat pelaburan. Kononnya dari bankrup boleh jadi Billionare hanya dengan pelaburan tersebut.
Jika sebelum ini, ada juga beberapa Tycoon lain yang turut sama menjadi mangsa penipuan scam iaitu Robert Kuok, serta Tan Sri Vincent Tan. Mereka mengambil gambar tokoh ini dan edit seperti mereka ini terlibat dalam pelaburan tersebut.
Pelaburan yang berjaya menipu ramai orang ini adalah pelaburan terhadap formula Bitcoin yang kononnya dapat memberikan pulangan yang lumayan terhadap pelabur.
Dan saya rasa isu ramai yang tertipu dengan bitcoin ni pernah saya postkan dalam posting saya sebelum ini.
So, saya nak ingatkan balik pada anda semua, berhati-hatilah jika anda ingin melabur dalam sesebuah pelaburan. Jika anda menerima apa-apa info berkenaan pelaburan, siasat kesahihannya terlebih dahulu.
Sebab bila anda menanggung rugi, anda salahkan pula mangsa yang menjadi wajah utama scam tersebut. Sedangkan mereka juga adalah mangsa. Selalunya scammer akan bersembunyi disebalik orang-orang berjaya dan mempergunaan mereka ini hanya untuk buat duit ajer..
Pesanan saya, Be Careful, Be Aware & Be Knowledgeable!