“Dalam kehidupan ini kita perlu melihat kepada BELIEF dan VALUE, yang mana kita perlu terjemahkan dalam kehidupan kita.” -Zafrol Rizal Mat-


Terdapat 2 perkara yang bukan tertakluk atau dibentengi oleh sesuatu agama atau kaum, akan tetapi ia adalah universal untuk semua manusia.

Apa yang saya nak kongsikan dalam posting kali adalah apa yang saya dapat hasil daripada borak-borak dengan kawan saya..

Slogan Warren Buffet

Slogan keramat Warren Buffet yang saya sangat suka dalam aspek pelaburan:

“Money is what you PAY,

Value is what you GET!”

Dalam bahasa mudahnya ialah kalau nak melabur dalam saham, kenalah keluarkan duit. Tapi, kena ambil tahu beberapa perkara yang saya senaraikan di bawah ini..

  1. Pastikan saham tersebut mempunyai kualiti yang baik.
  2. Ada profit yang bagus.
  3. Bagi dividen yang tinggi.
  4. Perkembangan saham syarikat tersebut tahun ke tahun nampak meningkat.
  5. Pengurusan yang terbaik dan mempunyai latar belakang yang bagus.
  6. Harga saham dari hari ke hari semakin naik dan dapat nikmati ‘capital appreciation’ darinya.


Jadi, ini lah VALUE yang kita dapat daripada amount yang kita laburkan..

Slogan Dari Buku The Law Of Attraction

Manakala, slogan dalam aspek kehidupan yang saya suka adalah..

“The more you GIVE,

The more you GET!”

Di dalam buku The Law of Attractions ada menyatakan mengenai slogan ini yang mana setiap agama pun percaya dengan slogan ini..

Iaitu bila mana kita beri VALUE pada orang lain, kit apercaya bahawa sumbangan yang kita berikan akan beri nilai yang sangat besar pada orang lain.. Dan apa yang kita akan dapat juga lebih besar daripada apa yang kita sumbangkan..

Secara tak langsung ia dah jadi seperti ‘snow ball effect’.. Yang mana asalnya bola salji tu kecil. Tapi bila dia bergolek menuruni bukit, makin lama bola yang kecil telah jadi bola yang besar..

So, kalau kita bagi nilai yang baik, maka baiklah kesannya. Tapi kalau kita bagi nilai yang tidak baik, maka kesan tidak baik tu pun akan jadi besar.. Terpulang atas diri kira untuk memilih yang mana satu nilai yang kita nak berikan..

Sebab tu kalau kita rasa dalam badan kita ni ada toxin, kita kena nyahkan toxin tersebut dari dalam kepala kita. Sebab inilah BELIEF yang kita sendiri semaikan dalam diri kita..

Belief hasil dari toxin (perkara yang tak elok) ini hanya akan menyebabkan diri kita duduk dalam zon yang tidak baik.. So, untuk jadi insan yang berjaya dunia akhirat, kita kena pupuk diri kita dengan belief dari perkara yang elok-elok sahaja. Buang segala toxin dan pemikiran yang negatif yang hanya menolak diri kita ke jauh dari kejayaan..

Perspektif Agama

Dalam perspektif agama pula, terutamanya agama Islam, sudah tentu kita nak jadi seorang muslim yang sebenar.. Jadi pegangan kita tu tak boleh lari dari Al-Quran dan As-Sunnah..

Sebab ianya adalah kalam Allah, dan Sunnah nabi kita..Dan ia yang menjadi buku undang-undang bagi segenap manusia..

Jika kita tidak BELIEF kepada Al-Quran itu sendiri yang merupakan Mukjizat Khas untuk Rasulullah saw, macam mana kita nak terjemahkan ia dalam kehidupan untuk jadi VALUE yang boleh orang lain nikmatinya?

Penyampai VALUE yang terbaik adalah Rasulullah, kerana Baginda lah yang telah mendapat wahyu terus dari Allah sehingga ustaz pernah sampaikan, jika hendak belajar tentang AKHLAK hendaklah melihat kepada Rasulullah.. 

Dan apa yang Rasulullah lakukan adalah akhlak yang di sebut dalam Al Quran. VALUE inilah yang Rasulullah bawa dalam masa hayat baginda untuk kita semua contohi.

Persolannya….
Apa VALUE yang awak telah dan akan beri pada orang lain untuk memakmurkan & menceriakan muka bumi ini sementara kita hidup ?

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.