Assalamualaikum.. Hai Traders & Pembaca setia blog saya..

Perkongsian saya kali ini adalah berkenaan pentingnya untuk anda belajar trading sebelum anda membuat trade. Oleh sebab kita dah masuk tahun baru, jadi saya nak kongsikan sesuatu yang bermunafaat buat anda semua..

Pernah tak anda mendengar quotes ini??

“The More You Learn, The More You Earn!”

By Warren Buffett

Apa yang saya nak singkapkan berkenaan quotes ini, ia sebenarnya memang benar-benar mempunyai erti yang sangat mendalam. Lebih-lebih dari dari sudur sebagai seorang trader dan tenaga pengajar berkenaan trading ni..

Saya sukakan quotes ini dan saya gunakan quotes ini sebagai panduan untuk program terbaru saya iaitu Program Bootcamp Do-It..

Abaikan perut yang terletak tu ye.. Ha Ha Ha

Kenapa Do-It??

Selain daripada maksud yang sudah terang lagi bersuluh iaitu kita kena BUAT!. Kita kena bertindak! Do-It!!

Sebutan Do-It pun dalam bahasa Melayu adalah DUIT.. Jadi memang ngam lah dengan apa yang saya cuba bawakan dalam program Bootcamp Do-It saya ni..

So, apa lagi??

Do-It lah!!

Kita kena bertindak buat duit..

Takkan nak tunggu dan tunggu lagi?

Sebab jika kita hanya tunggu dan tengok aje, sampai bila-bila kita akan tetap duduk ditakuk yang sama.. Mengeluh benda yang sama.. Dan menghadapi masalah yang sama..

Selagi mana anda belajar sesuatu, selagi itu juga anda akan dapat sesuatu. Jadi, kalau anda belajar cara nak buat duit, sudah tentu anda akan dapat buat duit dengan lebih banyak.

Kan tak sama orang yang belajar dan orang yang main terjah aje tanpa belajar. Sepanjang saya mengajar trading ni, dah bermacam-macam orang saya jumpa..

Kebanyakan orang yang main terjah je tanpa belajar ni akan buat banyak kesilapan.. Dan mereka ini akan berkali-kali mengulangi kesilapan yang sama sebab tak ada yang nak tegur salah mereka..

Tak sama dengan yang belajar dan berguru. Bila anak murid buat silap, guru akan tegur mana silapnya tu supaya mereka tidak ulangi kesilapan yang sama.

Jadi proses perjalanan menuju kejayaan tu jadi tak sama..

Yang belajar akan ambil masa panjang untuk belajar, tapi memendekkan tempoh mereka berjaya..

Dan yang main terjah je, akan memendekkan tempoh belajar atau tak ada belajar langsung, tapi memanjangkan tempoh untuk dia berjaya. Akhirnya bila mereka sedar, baru mereka mengulangi langkah pertama iaitu belajar dahulu. Bukan kah itu dah memanjangkan lagi proses kejayaan mereka?

Jadi, anda orang yang bagaimana??

Orang yang belajar dan buat ??

Atau orang yang buat, salah, buat lagi, salah, last baru nak belajar??

Fikir-fikirkanlah!!

.

.

Salam Sayang,

Ir Sofian

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.