Salam Jumaat..

Sempena hari jumaat ini, penghulu segala hari, saya nak berkongsikan kepada anda mengenai 5 jambatan hidup. Iaitu jambatan yang sangat berkaitan dengan kehidupan kita..

Mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin juga masih ramai lagi yang belum mengetahuinya. Jadi sama-sama kita share kan informasi ini supaya ia memberi munafaat buat semua..

Amiiin…

Apakah 5 Jambatan Hidup tu??

1. Jambatan Terpendek

Dalam hidup anda, apa yang anda rasakan merupakan jambatan terpendek buat anda? Macam teka-teki dah kan? Cuba anda fikirkan dulu..

Macam mana?? Dah puas fikir??

Sebenarnya dalam kehidupan kita ini, jambatan terpendek adalah PUTUS ASA. Putus asa membolehkan kehidupan kita ni terbantut. Sepatutnya kita capai impian kita, kita capai apa yang kita hajati, tetapi disebabkan kita meletakkan putus asa pada jambatan kehidupan kita ni, akhirnya semuanya pun musnah.

Jadi, jangan biarkan jambatan ini wujud dalam hidup anda. Walaupun kita tak tahu selama mana kita hidup, kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

2. Jambatan Terpanjang

Kalau jambatan terpendek adalah putus asa, anda rasa apakah jambatan terpanjang pula?

Jambatan terpanjang dalam hidup kita adalah PENGHARGAAN..

Betapa berharga hidup kita ini jika ada jambatan terpanjang ini sebab ia memberikan connection antara kita dan orang lain. Siapa aje yang tak suka apabila dirinya dihargai?

Semua orang suka apabila dirinya dihargai. Dan dari penghargaan ini lah perjalanan hidup kita akan lebih bermakna.

3. Jambatan Terkuat

Bagaimana pula dengan jambatan terkuat dalam hidup anda?

Adakah kekuatan fizikal? Atau kekuatan mental?

Jambatan terkuat dalam hidup kita adalah IMAN. Hanya iman yang menjadikan kita insan terkuat dalam hidup. Orang kata nak buat apa pun biarlah dengan iman..

Sebab dunia sekarang ni sangat dahsyat dugaannya. Kalau iman kita tak kuat, hanyutlah kita bersama fantasi dunia yang sementara ini.. Sebab tujuan kita hidup ni pun adalah untuk beramal dan beribadah padaNya.

Mampukah kita berada di jalanNya ini jika iman kita tidak kuat? Biarlah kita ada tubuh badan yang sasa dan berotot, tapi jika iman kita tidak kuat, solat 5 waktu tu pun kita akan rasa susah sangat untuk buat. Betul tak?

4. Jambatan Termahal

Jambatan termahal dalam hidup adalah PENGORBANAN.. Sebuah pengorbanan sememangnya sangat mahal untuk di dapati dalam kehidupan kita.

Seperti pengorbanan seorang ibu dan ayah buat anaknya. Pengorbanan isteri buat suaminya. Pengorbanan seorang pekerja untuk bosnya. Pengorbanan seorang kawan untuk sahabatnya. Dan banyak lagi..

Pengorbanan ini tidaklah boleh ditukar atau dibeli dengan apa pun. Hanya hati yang tulus suci memberikan pengorbanan ini sebuah jambatan termahal di dunia.

5. Jambatan Terindah

Manakala, jambatan terindah yang wujud dalam dunia ini adalah KASIH SAYANG.

Kasih sayang merupakan elemen yang sangat indah. Ia tidak dapat dijual beli oleh wang ringgit.

Penuhkanlah jambatan kasih sayang ini dalam hidup anda supaya hidup anda lebih bermakna. Kan seronok menyayangi dan disayangi..

****

Macam mana? Anda ada ke 5 jambatan hidup ini??

Jom share kan pada yang lain pula ye..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.