Moving Average 200
Saya pasti, ramai trader di luar sana yang suka dengan Moving Average 200 atau lebih dikenali dengan nama glamour nya MA200. Dan saya juga pasti mesti ada dalam kalangan newbie yang baru berjinak-jinak dengan dunia trading ni tertanya-tanya apakah istimewanya yang ada pada MA200 ini. Betul tak?
So, untuk posting kali ini, saya nak share kan satu ilmu bermunafaat berkenaan MA200 yang ramai trader tergila-gilakan tu.. Umpama macam anak dara yang jadi pujaan hati ramai kanda tu kan.. Eh..
Satu persoalan yang mungkin bermain dibenak fikiran anda, apa tu MA200 dan kenapa ramai yang sukakannya?
Sebenarnya MA200 ini adalah Moving Average, atau kita boleh katakan purata bagi pergerakan harga untuk tempoh selama 200 hari. Wow.. lama kan!
Dalam dunia trading ni, satu tabiat market yang memang dia suka buat ialah market akan pergi semula kepada harga yang dia dah pernah pergi sebelum ini. Dalam erti kata lain, dia suka mengulang kembali sejarah lama. Ha ha ha..
So sebab itu jugalah ramai trader yang akan tengok pada MA200 bagi market tersebut sebab ia umpama barometer jangka panjang. Bila ramai trader yang follow termasuklah institusi besar, bank-bank besar, investor yang tak ambil port soal teknikal analisis, dan ramai lagi. Dan secara automatik, ia menjadi satu garis penting buat semua trader. Lebih-lebih lagi bagi ikan bilis macam kita-kita ni. Eh!
Anda rasa istimewa ke tidak MA200 ini?
Istimewanya MA200
Sepanjang saya jadi chartist, memang saya juga mendalami ilmu MA200 ini sehinggakan saya juga menjadikan ia sebagai salah satu tools yang membantu saya memahami trend semasa untuk sesuatu market.
Hari demi hari, tahun demi tahun, penggunaan MA200 ini saya update dan upgrade bersesuaian dengan keadaan semasa. Dan sekarang ni saya sendiri baru aje upgrade kan ia menjadi indikator yang sangat sangat membantu trader untuk memahami trend dengan lebih mudah.
Jom lihat gambar di bawah ini. Gambar yang saya kongsikan ini adalah Teknik Kipas 2.0 saya yang ada sekali MA200. MA200 yang garisan berwarna Gold tu.
Gambar ini adalah market bagi Dow Jones. Nak tahu keadaan trend bagi Dow Jones ni senang aje. Tengok di mana harga pasaran duduk. Jika di atas MA200, maknanya market dalam keadaan uptrend. Tapi jika sebaliknya, market tengah downtrend. Senang kan!
So, anda dah dapat 1 tips kan?
“Jika garis MA200 berada di atas price, ia bermakna market dalam keadaan downtrend. Jika garis MA200 berada di bawah price semasa, ia menunjukkan market dalam keadaan uptrend”
Cuba anda lihat stock market bagi Facebook di bawah ini.
Rasanya anda faham tak apakah keadaan trend bagi Facebook sekarang ni berdasarkan apa yang saya kongsikan mengenai MA200 di atas tadi?
Ada lagi satu kegunaan MA200 ini yang anda boleh gunakan selain daripada melihat keadaan trend market. Nak tahu apa dia??
MA200 ini juga digunakan sebagai garis Support & Resistance (SnR) tau. Sebagai contoh, jika price bergerak dalam keadaan uptrend, ia akan kembali mencari garis MA200 sebagai lantai support nya.
Dan sama juga jika trend dalam keadaan downtrend, price akan kembali mencari garis MA200 sebagai garis bumbung resistance nya. Haa.. Macam mana? Faham kan!
Lihat stock market bagi Amazon di bawah ini untuk pemaham anda.
Nampak tak price bergerak melepas garis MA200 pada awalnya dan membuatkan market Amazon ini dalam keadaan downtrend. Tapi, selepas beberapa waktu, price bergerak mencari semula garis MA200. Betul tak apa yang saya bagitahu?
Dan akhirnya ia melepasi garis resistance MA200 dan keadaan market terus berubah dari downtrend kepada uptrend. Dan selepas membuat kenaikkan, price cuba untuk mencari semula garis MA200 sebagai support nya pula..Setelah bermain di kawasan MA200, akhirnya market berjaya melepas garis MA200 dan bergerak ke bawah semua.
Macam mana? Faham tak apa yang saya sampaikan ni?
So, anda dah dapat tips kedua lah kan?
“MA200 menjadi garis Support dan Resistance bagi price market”
Apa yang anda boleh lakukan jika MA200 ini boleh dijadkan garis SnR?
Sudah tentulah anda boleh membuat entry bersesuaian dengan keadaan semasa. Selain itu, kenalah juga gunakan strategi trading yang lain untuk membantu anda membuat entry terbaik.
Sebagai contoh, saya masukkan garis Channel dalam market Amazon ini. Melalui gabungan MA200 dan Channel ini anda boleh lihat jika market melepasi garis MA200 dan breakout Channel, maknanya market akan naik semula menjadi uptrend. Dan Channel ni dah basi.
Tapi jika resistance pada MA200 ini kuat, market akan turun semula dan pergi ke arah lower channel. Ha.. Macam tu lah..
Wow..
Seronok rupanya bila kita faham berkenaan MA200 ini kan? Selama ini tak tahu pun sangat fungsinya. Main follow kawan gitu-gitu ajer.. Rupanya ada fungsi dia yang sangat sangat membantu untuk fahami market dengan lebih baik.
Best tak info yang saya kongsikan ini?
Kalau anda rasa best, share kan dengan rakan anda yang lain. Kalau feedback memberansangkan, saya akan kongsikan info yang lain pula lepas ini..
.
.
Salam Sayang,
Ir Sofian