Assalamualaikum wmt wbrt
Hari ini saya nak berkongsikan satu kisah yang berlaku pada minggu lepas. Ianya berkenaan salah seorang alumni TG4M saya yang menjadi Scammer dalam Selimut..

Saya dapat tahu pun bila ada antara alumni lain yang report pada saya berkenaan hal ini.
Padahal, sudah berkali-kali saya terangkan dan saya katakan sejak 2016 lagi.. JANGAN SEKALI-KALI AMBIL DUIT ORANG UNTUK TRADE KAN! Saya ajar mereka ini ilmu TG4M supaya mereka boleh trade sendiri, buat duit sendiri.
Tapi, macam pepatah lama lah kan.. Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk. Inilah yang busuknya.. Bila ada yang cuba approach pelajar-pelajar baru untuk join pool account dia.

Sedangkan saya punyalah susah nak tune mind budak-budak baru ini supaya mind set dia orang di landasan yang betul. Ada pula yang cuba merosakkan minda mereka ini dengan pool account..
Bagi yang masih tak faham lagi berkenaan pool account atau pump account ni, ia adalah salah satu ciri scammer ye.. Ambil duit orang dan masukkan dalam 1 account sahaja. Bila trade, profit bagi sama rata.
Tapi yang salahnya ialah bercanggah dengan undang-undang dalam negara kita! Mana boleh kita ambil duit orang tanpa lesen. Kalau koperasi tu, dia dah berdaftar, so dipantau.

Ini yang terjadi pada orang kat luar sana.. Bila ada orang offer dia buat pelaburan dalam apa-apa bidang pun, tak kisahlah trading ke, property ke, gold fizikal ke, dan janjikan keuntungan bulanan.. Sedangkan dia tak ada lesen pun untuk kutip duit dari orang ramai..
Tapi, masih ramai lagi yang percaya dan membuta tuli pergi bagi duit dia orang kat scammer ini. Mungkin sebulan dua bulan ada yang dapat keuntungan yang dijanjikan. Tapi masuk bulan seterusnya, batang hidung scammer tu dah tak nampak dah.
Mula lah time tu gelabah. Baru nak cari siapa scammer tu sebenarnya. Siapa sedara maranya. Betul ke syarikat dia orang tu. Betul ke pelaburan yang dibuat tu. Duit dah labur, modal pun tak dapat balik lagi. Mulalah meroyan sana sini.
So, berbalik kisah pasal scammer dalam selimut ini, saya dah minta pihak AJL ambil tindakan. Sebab dah melanggar peraturan yang saya berikan.
Saya sendiri tidak pernah memberikan green light (keizinan) kepada mana-mana alumni AJL untuk ambil duit orang dan trade kan. Sebab ianya adalah salah di sisi undang-undang. Silap haribulan, kalau ada yang report, boleh kena tangkap orang tu.
Saya kalau boleh nak mencegah daripada mengubati. Kalau benda dah jadi, bubur pun tak boleh nak jadi nasi balik.
Saya paling tak suka akan kewujudan orang-orang sebegini yang pergunakan student saya yang lain untuk tujuannya sendiri. Dan merosakkan minda student saya dengan pool account nya tu.
Sebab bila terjadi apa-apa masalah, barulah ada yang mencari, baru ada yang nak cerita.. Macam kes yang pernah terjadi sebelum ini juga.
Kadang-kadang, ilmu yang kita ajarkan ini sebenarnya untuk bantu diri mereka sendiri. Tapi, bila ada yang fikir diri mereka dah power, ambil kesempatan atas orang lain yang masih lagi merangkak-rangkak untuk belajar, ini yang saya tak suka..
Sebab itu orang sebegini memang saya tendang keluar aje dari group sebab hanya merosakkan komuniti gold yang selama ini saya jaga dengan elok.
Saya tak peduli lah kalau nak block saya dan pihak AJL. Tapi jika saya tahu ada yang mengadu lagi yang orang ini buat kerjanya di luar sana, saya tak teragak-agak untuk maklumkan pada polis dan pihak berwajib.
Sebab orang-orang sebegini yang merosakkan pandangan orang luar terhadap trading.
Say NO to SCAMMER!!
.
.
Salam Sayang,
Ir Sofian