Saya rasa semua orang pun ada impian masing-masing. Ada yang impian dia nak pergi travel. Ada yang impiannya nak ada rumah banglore, kereta mewah, nak ada isteri cantik, nak ada empire syarikat yang sucsess, dan macam-macam lagi..
Macam saya, saya pun ada impian nak retire awal. Takkan selamanya saya nak kerja ajer kan! Oleh itu, untuk capai impian saya ini, kenalah saya workout lebih sekarang ini..
Tapi, dalam kehidupan kita ini, anda kena faham.. Ada yang apa kita buat adalah untuk HARI ini dan ada benda yang kita buat tu untuk MASA akan datang.
So, apa yang saya buat ini adalah untuk MASA akan datang..
Kalau anda nak tahu, zaman saya sekolah dulu, jangan harap nak pegang PC, kalau nak belajar pun kena pergi ke Muar. Masuk kelas hanya nak belajar tekan keyboard ajer (ala-ala orang nak belajar trengkas).
Masa kat U dulu pula, saya sanggup join kelab komputer Fakulti Kejuruteraan Awam untuk dapatkan faciliti guna pc di lab untuk buat assignment.
Bila dah kerja pula, barulah masa tu dapat beli PC untuk run analisis structure dan buat drawing guna Autocad. Dengan PC tu juga saya cuba untuk dapatkan duit extra selain duit dari kerja tetap.
Masa tu tak tidur malam dibuatnya semata-mata untuk deliver kerja yang orang sub kerja kat saya. Saya kena settle kan juga malam sebab siangnya saya nak kerja pulak dan saya tak nak kacau kerja office.
Bila dah ada company sendiri, Kezo Consult, saya mula berjinak-jinak dengan trading pula. Tapi masa zaman saya berjinak-jinak tu orang dah tak syok nak pakai PC. Saya ikut trend orang guna samsung tab dan ipad pulak.
Lastnya saya rasa kecik pulak screen. Dah kecik besar kecik besar anak mata nak tengok chart dalam screen. Ha Ha Ha..
Tahun lepas saya buat 1 kejutan dengan team AJL yang saya nak serious layan robot dan develop system untuk jalankan planning saya 5 tahun akan datang.
So gambar ni adalah gambar fresh tahun 2019 ni saya ambil.. Sebab selalu ‘dia’ ni layan market run 24 jam 5 hari seminggu sampai lupa nak berselfie dengan saya ni. He He He..
“Bro, hari ini kita selfie eh !” Sebab dia ni pemalu sebenarnya.
.
.
Posting asal ada di facebook saya..