Assalamualaikum wmt wbkt..
Semalam saya terbaca berita mengenai KWSP @ EPF yang dikatakan bakal terhenti sekiranya pencarum membawa sejumlah wang keluar lebih-lebih lagi pada tahun 2030 yang merupakan tahun ramai pencarum bakal bersara.
Oleh sebab wang yang di bawa keluar akan lebih banyak berbanding wang di bawa masuk ke dalam dana KWSP. Maka KWSP akan kekurangan dana untuk pelaburan mereka.
Begitu juga stereotype generasi muda yang dikatakan salah anggap terhadap institusi KWSP. Mereka anggap ia sebagai satu bentuk cukai, bukan tempat untuk menabung wang persaraan mereka di hari tua.
Bagi saya, KWSP @ EPF kena fikirkan macam mana nak tambah minatkan orang untuk menyimpan dalam tabung dia. Sebab dia dah ada pencarum bulanan dah. Tak perlu susah-susah nak cari orang mencarum seperti yang berlaku pada insurans dan mutual fund yang lain.
Apa yang saya boleh suggest kan.
1.Pelbagaikan risiko dalam pelaburan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih
KWSP boleh pelabagaikan lagi tempat pelaburan untuk dapatkan keuntungan yang lebih. Boleh explore medium dan platform mana yang sesuai untuk mereka buatkan pelaburan.
2) Kurangkan penglibatan politik
Seeloknya KWSP kena kurangkan penglibatan dalam politik sebab ia satu signal yang tidak baik pada pencarum. Sebab pencarum tak suka institusi tempat mereka simpan wang terlibat dengan gejala tidak sihat.
Bukan apa, sebab politik sekarang ni sangat membimbangkan. Jadi ia boleh menyebabkan pencarum rasa kurang yakin dengan KWSP jika melibatkan diri dengan politik.
3) Naikkan kadar keuntungan kepada pencarum
KWSP boleh cuba untuk naikkan kadar keuntungan kepada pencarum. Ini boleh jadi salah satu tarikan untuk Tarik minat pencarum mencarum dengan amount yang lebih banyak. Daripada asyik berikan kadar minima atau wajib aje. Sekurang-kurangnya boleh buat sama macam ASB, atau lebih lagi dari ASB.
Secara tak langsung, pencarum rasa sangat berbaloi untuk letakkan amount yang lebih banyak pada KWSP.
4) Buat road show
KWSP juga boleh buat road show untuk bagi awareness pada pencarum yang mereka boleh ambil ‘duit gaji’ secara bulanan dariapada mereka keluarkan duit secara selepuk.
Dari situ, dapat lah KWSP jaga capital mereka dari keluar dengan amount yang lebih banyak. Sebab generasi sekarang ni perlukan ilmu kesedaran tentang pelaburan ni.
5) Offer pakej menarik
Oleh sebab sekarang ni terlalu banyak opsyen lain di kalangan pencarum terutama dari mutual fund dan pelbagai skim yang menawarkan lebih keuntungan.
So, ramai pencarum akan pergi kepada skim lain yang tawarkan lebih banyak benefit pada mereka ini. Kalau KWSP ada kepakaran dan fund yang tersedia setiap bulan dari pencarumnya, mengapa tak offer pakej yang lebih menarik?
Cuba anda fikirkan :
Setiap bulan KWSP dapat fund. Jika tiada penyelewengan atau salah tadbir dalam pengurusan KWSP, pasti KWSP boleh allocate lebih banyak benefit kepada pencarum. Ini yang pencarum inginkan..
Jika tiada, pencarum akan cari alternatif lain. So jangan salahkan pencarum jika suatu hari nanti KWSP bakal terkubur..