Assalamualaikum…

Hari ni saya nak kongsikan satu perkara iaitu berkenaan orang yang tak pandai nak berbisnes, tapi mereka ini ada otak. Bunyi macam kasarkan.. Tapi nak tahu apa dia, kenalah baca apa yang saya nak kongsikan ni..

Nak Buat Duit?

Anda nak buat duit?

Tengok orang lain sibuk buat duit dengan bisnes, tapi anda pula tak pandai bisnes? Macam mana tu?

Untuk berbisnes, banyak selok belok perniagaan yang anda kena pelajari. Dari pilih bisnes apa, urus modal, urus kewangan, urus produk, setkan marketing, cari orang sales, dan macam-macam lagi.

Mungkin pada luarannya anda nampak orang berbisnes ni macam mudah aje kan.. Tapi sebenarnya banyak liku-liku yang mereka ini telah lalui. Jatuh bangun dalam bisnes, dan persaingan itu dah pasti.

Saya sendiri tak nafikan yang sememangnya nak berbisnes ni kena ada ilmu. Dah macam-macam bisnes yang saya buat dulu, dari bisnes baja, bisnes plastik, bisnes air, bisnes cupcake dan macam-macam lagi.

Nak naik bukan senang, tapi nak jatuh tu mudah aje. Sehinggalah saya kekal dengan satu bisnes konsultan engineering saya sampai sekarang ni. Dah 13 tahun dah konsultan Kezo Consult saya ini tertubuh. Alhamdulillah..

Tapi, untuk run konsultan pun bukan mudah. Nak kena ada ilmu bisnes, dan nak kena ada ilmu konsultan juga.

Bagi anda yang rasa nak buat duit, tapi anda tak pandai nak berbisnes, saya boleh cadangkan anda boleh pilih alternatif lain untuk buat duit. Lagipun sekarang ni dunia teknologi dah maju. Tak semestinya nak kena berbisnes baru boleh jana income. Ada juga cara untuk jana income sampingan tanpa berbisnes.

Tapi anda kena ada otaklah. Sebab untuk buat duit ni, kena belajar macam mana caranya. Jangan main terjun aje bila orang kata boleh buat duit.

Pesanan saya, jika anda ingin buat duit atau jana income sendiri, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang kononnya jika anda melabur dalam pelaburan mereka, anda akan dapat pulangan keuntungan tiap bulan.

Jangan terpedaya dengan janji bulan dan bintang yang ditawarkan sebab semua itu adalah tanda-tanda scammer. Iaitu anda adalah target untuk jadi mangsa mereka. Yang dapat buat duit adalah mereka. Dan anda pula yang hilang duit macam tu aje.

Jana Income Dengan Trading

Macam saya, bila saya cakap kena ada otak, sebab saya nak anda sendiri belajar cara untuk buat duit. Saya dan Akademi JL bertungkus lumus selama beberapa tahun dengan memberikan pendidikan tentang pelaburan dalam trading gold.

Salah satu alternatif untuk anda jana pendapatan sendiri melalui trading. Tapi anda kena belajar caranya. Macam mana nak buka akaun, macam mana nak trade, macam mana nak buy dan sell, apa yang perlu dilakukan, apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dielakkan. Semua ilmu trading ni penting untuk membolehkan anda menjana income sendiri.

Saya sendiri tak ada menjanjikan bulan bintang sebab anda perlu tahu yang trading ini sebenarnya satu pelaburan yang berisiko tinggi. Hanya dengan ilmu yang dalam dan betul sahaja yang membolehkan anda mengurangkan dan meminimakan risiko kerugian.

Makna katanya, bukan takkan ada risiko langsung, tapi anda boleh kurangkan. Sebab tu kena berguru dan belajar.

Untuk jadi kaya tu, saya tak janji. Sebab dengan trading anda memang boleh buat duit. Tapi untuk jadi kaya, anda kena leverage kan duit keuntungan anda itu ke satu pelaburan yang lain.

Kena belajar pula selok belok untuk kembangkan harta. Beli property, invest dalam pelaburan yang lain untuk kembangkan wang anda.

Ia satu bidang yang lain pula. Jika anda berminat untuk belajar buat duit sendiri dengan trading, saya dan team AJL bersedia menerima anda dalam team gold trader kami.

Anda boleh dapatkan DVD GTI (Gold Trading Intensive) dan belajar dari rumah macam mana nak trade gold. Dan kemudian datang ke program berbentuk kelas iaitu Trade Gold For Money (#TG4M) yang saya berikan secara percuma untuk yang dah dapatkan DVD GTI. Boleh polish skill anda dan dapatkan penerangan dan pemahaman secara kelas.

Ianya satu pelaburan ilmu yang tidak merugikan sebab dah ramai student saya sejak tahun 2015 lagi yang dah berjaya buat duit sendiri dengan trading dan mereka sendiri pun dah fly.

AJL siap sediakan group support lagi yang membolehkan anda duduk dalam group, bertanyakan soalan berkenaan trading gold jika tidak faham. Ramai alumni yang akan bantu anda dan menjawab pertanyaan anda sebab saya cuba kekalkan komuniti yang saling membantu antara satu sama lain.

Biar sama-sama kita berjaya jadi gold trader yang berjaya. .

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.