Assalamualaikum wmt wbkt..

Terima kasih sebab masih sudi lagi mengikuti perkembangan saya di blog saya ini. Walaupun saya ni jenis jarang sedikit nak kongsikan isu-isu semasa saya di blog saya ni, almaklumlah, sibuk dengan urusan kerja,

Tapi, ada masa bila saya rasa benda tu macam penting dan saya teruja nak share, saya pasti kongsikan..

Kisahnya, pada hari Sabtu lepas, di dalam group support yang saya sediakan utk alumni TG4M dan DVD GTI, ada sedikit perkongsian yang saya rasa saya nak share kan juga pada anda..

Setelah 4 tahun saya dan Team AJL menganjurkan program TG4M dan STS, banyak ragam trader yang saya lihat dan jumpa. Kalau anda tanya saya, kedua-dua ilmu ini memang berbeza sebab ilmu TG4M adalah ilmu trend following.

Tapi ilmu STS adalah ilmu trend predicting. Untuk hadamkan ilmu STS ni memang memerlukan kepada latihan yang padu dan jitu. Barulah anda akan faham tentang market.

Dan melalui ilmu STS ini lah yang akan membuatkan seseorang trader itu fly. Tambah-tambah lagi bila ia ditopup pula dengan ilmu TG4M. Lagi cepat berdesup fly nya..

Saya suka nak petik kata-kata salah seorang student STS saya yang menyatakan pasal ilmu STS ini umpama macam snorkeling. Mungkin buat masa sekarang ini masih ada lagi yang tidak faham dengan kata-kata tersebut.

Tapi saya percaya, jika anda dah melepasi tahap ilmu tersebut, anda akan faham maksud tersiratnya itu.

Macam alumni yang lain juga. Saya tahu ramai yang dah berjaya. Tapi ada yang tak suka nak sembang atau bersuara dalam group. Mereka lebih suka bawa hal sendiri. Tak apa. Sebab bagi saya dah puas dah asalkan mereka ini berjaya.

MASIH BERJINAK-JINAK?

Bagi yang masih lagi baru berjinak-jinak dengan trading, memang anda akan rasa terkial-kial dan mencari-cari arah market. Ada masa bila tengok market rasa blur aje.

Apa kata anda turun dan hadir ke gelanggang TG4M yang saya sediakan untuk alumni TG4M dan DVD GTI. Inilah tempat dan wadah untuk anda bersua muka dengan saya, Capt Nik, Coach Awie, senior-senior dan Team AJL sendiri.

Dari gelanggang ini lah anda dapat gali ilmu trading dengan lebih baik. Mana tahu anda akan dapat jumpa Master Key yang anda cari-cari sebelum ini.

Sebab bagi saya, setiap dari anda semua berhak untuk berjaya dalam bidang trading ini. Dan semua dari kita layak untuk jadi ATM machine untuk diri dan keluarga.

Tapi dengan syarat, kena ada usaha dan azam yang kuat lah yang akan membawa anda ke arah journey destinasi yang anda impikan. Cuma sama ada perjalanan tu cepat atau lambat aje.

Allah pun dah janji pada setiap hambanya yang berusaha, pasti Dia akan bagi @ tunaikan. Just a matter of time aje. Cepat atau lambat. So, kena bersabarlah.

APA YANG SAYA DAPAT?

Bagi saya dan Team AJL, apa yang kami boleh dapat kalau anda berjaya?

Jawapannya adalah KEPUASAN MELIHAT ORANG LAIN BAHAGIA DAN BERJAYA

Apabila anda semua dah start “memberi” atau bersedekah/waqaf tanpa berkira disebabkan duit bukan lagi halangan bagi anda. Inilah KEPUASAN yang tiada bandingnya bagi kami semua.

Pada tahap ni, anda juga akan PUAS dengan segala usaha penat jerih anda spend masa masa dan wang untuk belajar. Pastinya senyuman dan kebahagiaan akan terzahir tanpa disedari.

You are super trader ! 😀

Itu aje perkongsian yang saya nak share kan..

Salam Sayang,

Ir Sofian

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.