Alhamdulillah.
Pejam celik pejam celik, dah 8 tahun tertubuhnya Akademi JL ini. Walaupun bukanlah akademi yang megah dan besar, tetapi penubuhannya untuk memberikan education pada orang tentang pelaburan trading ini masih lagi berjalan dengan baik hingga sekarang.
Dalam sepanjang tempoh itu juga, banyak sudah ragam yang saya lihat pada diri student2 saya. Sebagai seorang guru, memang saya akan perhatikan aje macam mana perangai student saya ini..
RAGAM STUDENT!
Ada yang bermula dari zero. Tak kenal langsung dengan trading. Bila dah mula belajar dan menceburkan diri dalam dunia trading, akhirnya mampu buat duit secara harian.
Ada pula yang pernah trade sebelum ini. Tapi asyik mengalami kerugian. Datang belajar sistem dari saya, dan follow apa yang saya ajarkan. Alhamdulillah, dah boleh kawal punca-punca kerugian sebelum ini dan buat duit dengan lebih yakin.
Ada juga yang jenis lurus orangnya. Dan lambat untuk tangkap apa yang dipelajari. Jenis student macam ni akan selalu datang recharge banyak kali dan sering bertanya di dalam kelas. Walaupun soalan nampak macam bodoh, tapi sangat-sangat membantu pemahaman lebih mendalam tentang trading. Akhirnya berjaya buat duit sendiri selepas satu tempoh pembelajaran.
Ada juga jenis yang cepat pick up walaupun baru aje kenal dengan dunia trading. Ini jenis orang yang brilliant. Sekejap je belajar dah boleh tangkap teknik yang saya ajarkan. Dan cepat je apply kan dalam trading. Orang jenis macam ni memang akan terus buka akaun real dan trade terus dalam akaun real.
Ada juga jenis yang macam mak mak. Banyak tanya soalan pada pihak AJL sebab malu nak bertanya secara langsung dengan saya. Tapi, jenis mak mak macam ni pun student yang bagus sebab dia ikut aje apa yang saya kata buat, apa saya kata jangan.
Dalam banyak-banyak ragam student, ada juga jenis yang dah belajar, tapi takut sangat nak tekan entry. Terlalu takut sampai entry dalam akaun demo pun tak tekan-tekan. Walaupun dah tahu sistem, tapi perasaan takut terlalu menguasai diri. Jenis student macam ni nak kena betulkan dulu mind set nya supaya dapat buang rasa terlalu takutnya itu.
Ada pula yang jenis terlalu berani. Main entry sampai berlapis-lapis dan buat lot size tu terlebih dari yang sepatutnya. Student macam ni pun nak kena di cuci balik mind set nya sebab dah langgar rules yang saya tetapkan. Sebab kalau dibiarkan dia akan terus terjerumus dalam 90% trader yang gagal.
Anda pula jenis orang yang macam mana rasanya kalau belajar trading dengan saya?? he he he
Ada dalam jenis ragam-ragam yang saya sebutkan ke tadi?
Biasalah.. Lain orang memang lain ragamnya. Sebagai guru dan mentor, saya kena tahu student saya ni jenis yang macam mana. Baru senang saya nak guide dia.
Macam student yang lemah sikit, saya akan tukar cara penyampaian lebih secara satu persatu dan terperinci. Tapi kalau student yang jenis otak brilliant, saya cakap sekali je, lepas tu bahasa pun dah boleh up sikit ke peringkat seterusnya.
Selama 4 tahun mengajar trading dengan silibus bombastik TG4M dan STS, begitulah caranya kalau saya nak student saya ni berjaya. Dan yang penting sekali, ada group support yang disediakan untuk membantu mereka ini berkongsi permasalahan atau apa-apa yang tidak faham dalam silibus.
Yang menggembirakan saya adalah apabila melihat kejayaan student2 saya ini. Bila ada yang tunjuk dah profit. Ada yang tunjuk cara analisis. Ada yang terangkan berkenaan trend dan market.
Dari situ saya dah nampak progress mereka ini dah sampai ke tahap yang mana. Bagi saya, selagi mana mereka tetapkan dengan latihan yang jitu, dan terus menerus belajar dan hadamkan ilmu, mereka boleh berjaya.
Kalau anda pun nak berjaya macam mereka, buat duit melalui trading, boleh contact dengan pihak AJL atau klik link wasap ni..