Hari ni saya nak cerita tentang Banyak Tapi Sedikit..

Ianya adalah perkara yang kebanyakan dari kita selalu buat dan kita fikirkan banyak itu adalah dari kita.. Tapi sebenarnya hanya sedikit..

Ianya juga adalah episod kehidupan yang kita lalui sepanjang menempuhi proses untuk berjaya..

Mungkin anda boleh perhatikan adakah anda juga antara orang-orang yang berfikir BANYAK… tapi sebenarnya SEDIKIT yang anda lakukan..

  1. Banyak perkara yang sebenarnya kita lakukan dan kita berjaya bukan disebabkan oleh kita sendiri.
  2. Banyak episod kehidupan yang selalunya kita terlupa yang kita berdiri sekarang ini adalah hasil dari support dan sokongan padu dari orang yang berada di sekeliling kita dan kita tidak pernah (atau kurang) sedarinya.
  3. Banyak situasi yang kita hampir terlupa untuk memberikan kasih sayang dan perhatian kepada mereka yang selalu mendoakan kita walaupun mereka mendoakan kita dari tikar sejadah dan mereka tidak pernah memberitahu kita yang mereka selalu menDOAkan kejayaan kita.
  4. Banyak kejayaan kita dan kita bermegah mengatakan yang KEJAYAAN ini adalah hasil usaha kita yang bersengkang mata siang dan malam. Tapi kita lupa ianya adalah 20% aje penyumbang kepada kejayaan itu sebenarnya.
  5. Banyak transformasi yang telah berlaku pada diri kita yang kita anggapkan ianya adalah hasil pembelajaran, pengajian dan pembacaan kita. Tapi kita selalu terlupa yang pemikiran kita membesar dalam environment yang tersedia.
  6. SEDIKIT sebenarnya contribution kita untuk KEJAYAAN kita. Yang BANYAK mempengaruhi adalah mereka yang SAYANG akan kita dan selalu menDOAkan kejayaan kita hingga tiada batasan ukuran. Tanpa meminta balasan walau secubit.

Jadi, bila masa kita akan sedarinya??? Bahawa bukan banyak yang dari kita tapi dari orang sekeliling kita..

Nak tahu jawapannya??

Hanya apabila kita kenal SIAPA kita dan siapa orang di sekeliling kita yang sentiasa sayang dan ingat akan kita tanpa kira masa dan ketika.

Dan Allah telah utuskan mereka ini untuk ASBAB kejayaan kita. Tanpa mereka, siapalah kita ini..

Dan inilah orang-orang yang selalu mendoakan saya.. Walaupun masih banyak lagi muka orang super power yang selalu mendoakan saya yang tiada dalam gambar posting ini. Ianya juga termasuk anda rakan fb dan blog saya yang selalu support dan mendoakan saya.

Moga Allah membalas kebaikan yang telah mereka lakukan dengan lebih banyak lagi kebaikan kepada mereka semua. Amiiin..

Salam Sayang,

Ir Sofian

Posting asal ada di ruangan FB saya..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.