Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Setelah sebulan berpuasa dan menyambut hari raya, rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada pembaca yang masih lagi setia mengikuti perkembangan saya melalui blog saya ini..

Alhamdulillah, saya masih lagi menjalankan consultant engineering saya dan masih lagi run company education in investment berkenaan trading. Mungkin ada yang ingat saya sudah menyepi, tetapi jika anda merupakan follower saya di FB IrSofianFans, anda boleh tahu perkembangan saya dari semasa ke semasa.

Setelah sekian lama saya tidak berkongsikan tips berkenaan dengan trading, kali ini saya ingin berkongsikan dengan semua pembaca saya di sini. Bagi saya tips yang bakal saya kongsikan ini adalah sangat berguna buat anda di luar sana yang mengalami situasi loss dalam trading.

Walaupun trading ini sebenarnya adalah medium untuk anda menjana pendapatan dengan cara yang lebih mudah, tapi ada juga rintangan yang anda akan lalui di dalam proses untuk berjaya. Dan proses ini memang dilalui oleh semua trader termasuklah trader yang baru dan trader yang lama.

Cumanya, bagi trader yang baru, anda perlu kuat semangat melalui proses ini untuk menjadikan diri anda berjaya dikemudian hari.

Pernah kah anda mendengar pepatah yang saya ada nyatakan sebelum ini iaitu kegagalan adalah titik permulaan bagi kejayaan anda? Jadi belajarlah dari kegagalan anda dan perbaiki ia untuk menjadikan diri anda lebih baik di masa hadapan.

Tips Jika Anda Loss Dalam Trading

#1 – Stop From Trading

Jika anda mengalami loss sehingga akaun anda MC, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah berhenti sebentar daripada melihat market dan jangan trade.

Jangan lihat langsung sama ada di pc anda mahupun di telefon pintar anda. Tutup semua. Jika anda perlu uninstall silakan. Supaya ia tidak menganggu jiwa anda untuk bertenang.

Hanya dengan cara ini baru anda boleh mengelak daripada melakukan entry. Sebab apa anda perlu berhenti untuk trading sebentar? Sebab otak dan minda anda memerlukan rehat. Jika tidak anda akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali lagi selepas itu.

#2 – Refresh Your Knowledge

Dalam masa anda stop dari trade, anda haruslah buka balik buku trading anda. Refresh balik ilmu trading yang anda telah pelajari sebelum ini. Lihat semula bagaimana structure untuk trade.

Sebab apa?

Sebab ada masa bila anda sudah berada dalam market dan mula syok sendiri, anda terlupa akan sesuatu yang penting. Dan perkara penting itulah yang menjadi punca anda loss dalam trading.

Oleh sebab itu saya sarankan anda refresh kembali apa yang anda dah belajar. Kalau student saya, saya dah minta dia orang kaji balik ilmu TG4M atau STS dan hadamkan betul-betul.

Bagi anda yang main trade tanpa ilmu, loss bukanlah satu perkara yang asing lagi sebab hanya ilmu yang membezakan anda ini adalah trader ataupun gambler.

Saya sarankan agar anda pergi ke mana-mana kelas trading dan belajar secara berguru ilmu trading jika anda betul-betul ingin jadikan trading ini sebagai medium untuk anda buat duit.

#3 Get The Process

Selepas dah refresh balik ilmu trading, jangan lupakan untuk senaraikan proses trading yang anda perlu lalui. Tulis flw by flow supaya ia boleh dijadikan rujukan bila anda mula trading semula. Sekurang-kurangnya anda tahu step yang yang anda telah miss sebelum ini.

Anda perlu tahu proses In & Out dalam market, kena tahu macam mana nak Entry & Exit dalam market. Sebab ada trader yang reti entry aje, bila nak keluar dari market, tak reti pula. Itu yang terloss padahal boleh cover.

#4 – Learn From Mistake

Apabila anda dah refresh balik knowledge trading anda, dan dah dapat process trading yang anda kena lalui, anda kena senaraikan pula apa kesalahan yang anda telah lakukan dalam trading anda sebelum ini.

Tuliskan semuanya dalam satu buku supaya anda boleh lihat apa sebenarnya kesalahan yang paling besar anda lakukan. Kadang-kadang, bila kita tulis, baru kita nampak apa salah yang kita dah lakukan. Kalau tak, anda akan lupa terus dan ulangi kembali kesalahan yang sama.

Kebiasaanya trader yang loss ini akan lakukan kesalahan seperti di bawah ini:

  • Tamak
  • Tak jaga MM (Money Management)
  • Guna lot besar
  • Masuk banyak entry
  • Tersilap masuk position
  • Trade ikut kawan
  • Trade semasa emosi
  • Trade ketika news
  • Takut nak tutup position
  • Tak ada ilmu trading

Ikutkan banyak lagi. Saya rasa anda sendiri boleh senaraikan apakah kesalahan anda yang menjadi punca anda loss dalam trading.

Setelah dah senaraikan semua mistake anda ini, tuliskan pula apakah solusi atau tindakan yang anda perlu lakukan supaya anda dapat perbaiki diri dari melakukan kesilapan yang sama.

Contohnya seperti jika anda rasa diri tengah beremosi, anda tinggalkan market. Anda elakkan diri dari trade. Haa. Macam tu lah. Barulah anda boleh perbaiki kembali kesilapan anda.

Tapi anda kena ada disiplin yang kuat. Kalau sekadar tahu tapi anda tetap juga nak lakukan, jangan salahkan market jika anda loss dan terus loss berkali-kali.

#5 – Dont Leave Your Trading Journal

Bagi saya, tips kelima ini penting jika anda inginkan trading anda menjadi lebih baik. Jangan sekali-kali anda meninggalkan trading journal anda.

Saya selalu nasihatkan student saya untuk buat journal trade mereka supaya dia orang boleh tahu apa posisi yang dia orang masuk, dah close ke belum posisi tersebut, penggunaan lot macam mana, dan banyak lagi. Dari situ mereka boleh pantau kegiatan trading mereka.

Saya sendiri dari dulu memang akan isi journal trading saya supaya saya boleh tengok dan pantau sistem trading saya. Sehingga saya keluarkan journal trading ini dalam bentuk planner yang anda boleh dapatkan dari pihak AJL.

Setelah beberapa minggu anda stop dari trading dan dah dapat kembali rentak trade anda, baru anda start trade semula dengan semangat yang baru dan jangan lupa untuk isi journal trading anda. Kalau boleh, setiap seminggu anda kena muhasabah kembali cara trading anda. Lihat mana yang tidak betul dan perbaiki.

Sebab manusia kan selalu lupa. Jadi dengan cara ini anda akan kekal ingat akan larangan atau kesalahan yang anda tidak patut lakukan dan anda juga boleh tambah ilmu trading anda.

Hanya ini aje caranya untuk anda bangkit semula selepas loss. Jika anda tidak kuat semangat untuk melalui proses loss ini, besar kemungkinan anda akan menjadi salah seorang yang tenggelam terus dari dunia trading dan menyepi.

Walhal bukan trading yang salah. Bukan market yang salah. Tapi cara anda yang tidak kena. Tidak salah untuk kita terus berusaha mencuba perbaki diri. Supaya kehidupan kita di masa akan datang lebih terjamin.

Okay..

Cukup samapi di sini sahaja perkongsian dari saya. Semoga artikel ini memberikan munafaat buat anda semua yang setia membaca hingga ke coretan yang terakhir.

Saya doakan agar anda menjadi trader berjaya. Amiin..

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.