Assalamualaikum & Salam Ceria.

Beberapa hari lepas adalah hari jadi saya. Bila tiba hari jadi saya ni, kebiasaannya saya akan ‘terimbau’ kembali cerita lama saya masa saya kecil dahulu. Dan memang kuat pengaruh aktiviti saya masa budak-budak dulu dalam kotak ingatan saya. Oleh sebab saya ni budak kampung kan..

Masa terimbau inilah pastinya insan yang terpapar dalam LCD otak saya adalah wajah emak saya. Sebab itulah pada bithday saya kali ini saya fokus nak ziarah emak di pusaranya. Lagi-lagi beberapa hari lepas wajah ayah saya muncul dalam mimpi saya. Maybe ayah saya sangat risaukan saya yang dive ke Sipadan Sabah sebelum itu.

Emak

Emak adalah keramat hidup yang saya muliakan walaupun emak sudah tiada. Tapi sebenarnya aturan kerja Allah itu sangat indah. DIA berikan pengganti emak saya dengan ibu mertua saya yang sangat caring. Dan dengan ibu mertualah saya selalu minta tolong untuk doakan segala liku kehidupan saya, keluarga saya dan perniagaan saya berjalan dengan lancar.

Kalau tak, dulu memang arwah emak lah tempat saya mengadu bila ada problem. Selalunya emak akan jawab, “Nanti emak akan solat hajat dan doakan kau ye.” Macam tu juga lah bila saya duduk sebelah emak, saya akan bisik-bisik pada emak akan masalah saya.

Bagi saya, emak adalah seorang yang baik. Dia tak kacau orang, apatah lagi membawang. Emak adalah bekas guru dan mempunyai salasilah terbilang. Sentiasa taat dengan title isteri dan jadi tulang belakang keluarga.

“Doa ibu memang betul-betul power eh kawan-kawan.” Sangatlah rugi bagi anda yang mana masih lagi mempunyai emak tapi lepaskan peluang untuk minta dia orang menadah tangan, mengucapkan permintaan kita dan mengaminkan doa kita.. Rugi beb…

ziarah pusara emak yang lahirkan yan..

Ayah

Ayah pula, saya lihat dah semakin lemah terutama selepas ketiadaan emak. Dulu rutin dia, start motor masuk kebun. Dapat pusing seroun dua pun dia dah happy. Pusing-pusing kebun bukannya buat apa pun, mungkin happy tengok kebun sawit dan pokok-pokok yang menghijau agaknya. Kebun saya dan abang saya semua dia jelajahi. Siap kebun orang lain pun dia hafal walaupun tak ada tagging pun kat pokok-pokok tu nama si pemilik tanah tersebut.

Saya pernah naik motor bersama ayah pusing-pusing kebun. Dan sesekali bila bersembang, ayah akan update status tanah tu dan apa perkembangan yang terkini dengan rasa gembira dan tersenyum puas.

Sekarang ni, ayah nak jalan pun perlu dipimpin dek kerana badan dah tak fit macam dulu. Tenaga pun dah tak kuat macam zaman muda mudi. Tapi salute dengan kegigihan ayah. Gigihnya semangat ayah dari jadi askar kepada penoreh getah jadi jaga sekolah dan akhirnya berniaga warong makan semata-mata hendak upgrade kehidupan kami sekeluarga yang sorang pun tak boleh nak dangkal sejarah yang telah terpahat ini.

Manakan boleh orang kampung seperti saya ini lupakan Beriani Aman DO yang sedapnya sampai sekarang tiada tolok gantinya. Setiap kali ada majlis kahwin, dia lah yang jadi Chef untuk jamuan beriani kerana air tangannya yang kalau dicium baunya pun dan tahu sedap, apatah lagi jika menjamah nasi berianinya. Makan tanpa lauk pun boleh layannnn gitu ajer.

Terima kasih kepada Long, Ngah dan Uda yang selalu berada di samping ayah dan selalu take care dia.

dulu abah suap yan, sekarang yan suap abah ye..

Ayah Mertua

Arwah abah (bapa mertua). Saya hanya sempat bermanja sebagai menantu pertama dalam keluarga mertua hanya untuk tempoh masa 1 tahun sahaja. Ya, ia satu masa yang pendek yang Allah pinjamkan untuk saya mengenal erti bapa mertua.

Abah meninggal pada waktu hampir subuh di pangkuan saya di rumah setinggan kami yang kami sewa di Petaling Jaya kerana kanser perut. Bila saya kenang kembali abah yang frust kerana nak timang Adib anak saya yang pertama dan merangkap cucu pertama dia pun tak larat. Masih lagi terngiang di telinga saya akan kata-katanya. “Yan, apalah abah ni kan! Nak timang cucu pun tak kuat” itulah keluhan abah pada kami.

Tapi tak apalah abah, Allah lebih sayangkan Abah sebab itu Dia ambil nyawa Abah awal. Cuma saya sebagai menantu sulung terasa ralat hati kerana kesusahan hidup pada awal perkahwinan yang terpaksa merempat duduk di rumah setinggan dan berbelanja pun terpaksa berkira-kira hinggakan nak makan nasi, beli beras pun beli timbang ikut kilogram nak makan.

pusara abah yang seusia dengan umur anak 1..

Aaaaahh.. Tak nak lah cerita episod lama bab sedih ni, nanti saya nangis..

Terima kasih saya ucapkan kepada isteri saya yang setia merangkap ahli syurga, Zaliha Ahmad. Bukan niat saya nak spoiled kan segala perancangannya. Kurniaan 4 orang anak-anak dan kebahagiaan yang sentiasa berbunga dihati dan support dikala susah senang sehidup semati, ini pun saya dah bersyukur banyak-banyak. Saya hanya pinta, jangan berhenti berdoa kepada Allah untuk anak-anak kita menjadi insan yang Soleh & Solehah, berbakti & berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Moga Allah sentiasa merahmati kehidupan kami dan memberi tahap kesihatan yang terbaik untuk kita semua.

Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya ini.. Sama-sama kita semua doa agar Allah :-

  • Memberikan kasih sayangNYA, 
  • Melimpahkan keberkatan dariNYA dalam setiap aktiviti kehidupan kita,
  • Allah sentiasa pelihara Iman kita agar kita hidup dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan menuruti syariat Rasulullah saw.
  • Kita mohon Allah buka, lapangkan segala pintu rezeki dan melimpah ruahkan rezeki kepada kita semua agar kita dapat keluar dari segala masalah kewangan hidup, kesempitan hidup, bebanan hutang, dapat apa yang kita hajati, dapat memberi dengan bersedekah dan berwaqaf dengan mudah setiap masa,
  • Moga Allah sembuhkan segala apa juga penyakit yang hinggap di tubuh badan kita dengan segera dan memberikan kita dapat menikmati nikmat kehidupan cara gaya manusia sempurna,
  • Moga Allah berikan kita ilmu dan ilham agar kita dapat beramal dan berbakti kepada manusia lain yang memerlukan bantuan kita.

Aminnn Ya RobbalAlamin

Sekadar Peringatan…

Apabila berlangsungnya hari jadi kita….
a) Bermakna kita semakin tua
b) Tanda2 kematian semakin Allah beri kelihatan
c) Selalu kita kena fikirkan, apakah yang akan kita tinggalkan agar ianya menjadi munafaat yang berkekalan.
d) Baki umur yang masih Dia pinjamkan kita munafaatkan dengan sebaiknya.

*Posting asal adalah diruangan FB personal saya.

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.