Assalamualaikum..

Hai sahabat semua. Sihat kah?

Alhamdulillah, saya bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan saya dalam hidup saya ini.. Setelah melalui 46 tahun helaian kehidupan, boleh kata dah hampir separuh abad saya hidup dan banyak yang saya telah pelajari.

Melihat keadaan kehidupan dulu dan sekarang, saya tahu sudah banyak perkara yang berubah..

Antara salah satunya adalah jika dahulu hidup kita lebih tradisional, kini kita lebih moden dengan teknologi yang semakin canggih.

Sejarah Zaman Berubah

Dari zaman kita baca berita dalam surat khabar, beli dan buka sehelai-sehelai.. Kini surat khabar mulai dipinggirkan sampai mereka bagi percuma aje kerana ramai yang sudah membaca berita secara online. Buka aje portal-portal berita, banyak info kita dah dapat dari situ.

Dari zaman bergayut dengan bf/gf menggunakan telefon ganggang sampai bil telefon rumah meningkat, bergayut di telefon pondok sampai duit syilling habis, tak pun orang yang menunggu di belakang dah buat bising.. Kini berubah kepada telefon pintar yang boleh dibawa kemana-mana. Kalau ambil bill postpaid, siap dapat unlimited calling pula tu.. Bergayutlah sampai ke pagi, sampai bateri fon habis.. Bukan tu aje, siap boleh buat video call nampak muka lagi tu. Bukan setakat dengar suara.

Dari zaman kena pergi ke kedai untuk beli barang-barang yang diinginkan, nak belek-belek barang, kini hanya duduk satu tempat aje, scroll fon, click sana sini dan hanya tunggu di rumah atau di office sehingga barang yang di order dihantar oleh kurier. Dah tak payah bazirkan masa ata tenaga ke kedai.

Dari zaman kena pergi bank untuk keluarkan duit, lepas tu tu guna mesin ATM.. Kini lebih mudah lagi apabila semua pakai Debit je. Tak perlu lagi beratur panjang menunggu giliran untuk keluarkan duit. Kalau tak debit, online transfer aje.

Dari zaman pergi cybercafe untuk dapatkan jaringan inernet, kini hampir semua tempat pun dah ada internet. Lebih-lebih lagi yang ada telefon pintar, mesti akan ada subsribe internet sendiri. Dan hampir majoriti orang sekarang pakai telefon pintar berbanding telefon 3310 yang popular satu zaman dahulu. Taip mesej dengan tutup mata pun no hal lah..ha ha ha..

Dari zaman nak makan kena pergi ke kedai, kini dah boleh order Grab Food atau Food Panda, terus delivery ke rumah atau di mana anda berada. Bukan sahaja barang yang boleh delivery, bahkan makanan pun dah buat delivery ke rumah.

Siapa yang hidup sama zaman dengan saya dan merasai kesemua perubahan ini?

Sangat berbeza kan?

Jika zaman berubah kembali kepada zaman dahulu, saya rasa ramai anak muda sekarang ini tak boleh nak survive. Sebab dari celik hingga tutup mata mereka akan 24 jam dengan telefon mereka, dengan media sosial mereka. Sehari tak update rasa tak keruan. Sehari tak scroll social media rasa tak complete hidup. Betul tak?

Dalam arus perubahan yang serba moden ini, memang tak dinafikan semakin ramai yang berpindah dari cara tradisional kepada moden. Ramai yang menggunakan medium internet atau online sebagai mata pencarian mereka. Begitu juga dalam soal bisnes.

Apabila banyak syarikat membuang pekerja sebab banyak mesin yang tolong take over segala tugas. Inilah orang kata apabila robot boleh lakukan tugas manusia.. Sebab itu zaman juga berubah.. Kan…

Saya cuma harap hati anda tak berubah untuk terus baca posting saya di blog saya ni.. cia cia cia.. Eh…

Semoga sedikit celoteh saya ini ada munafaat untuk anda..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.