Assalamualaikum wmt wbkh..

Sedikit perkongsian untuk warga blog yang selalu membaca  posting saya di sini.. Minggu lepas saya ada dijemput untuk berikan talk dalam salah satu slot bagi event penutupan Roudtour RTC (Real Trader Community)..

Satu penghargaan buat saya apabila dijemput oleh pihak MFM untuk menjadi salah seorang speaker undangan dalam event tersebut.. Event tersebut berlangsung pada 13 Julai 2019, di Hotel Royale Chulan The Curve.

Kasi can sikit bergambar ini hari..

Untuk sesi talk saya, saya kongsikan satu topik yang saya rasa semua trader dan investor yang hadir dalam dewan hotel ini perlukan iaitu apa determination dia orang..

“Determine Your Trading Style”

Benda ni penting sebab kalau anda tak tahu apa yang anda inginkan, susahlah nak capai impian anda. Sebagai trader atau investor pun kena tahu anda jenis yang macam mana..

Bagi saya, soal method bukanlah satu isu besar sebab semua method pun hampir sama.. Tapi macam mana anda nak kawal emosi (mind set) itu yang paling penting sebab ia memegang 60% kepada kejayaan anda dalam trading.

Topik ini lah yang saya drill dalam minda peserta event ini. Sebab saya nak dia orang nampak betapa pentingnya menjaga minda mereka.. Saya harap apa yang saya sampaikan dapat membantu mereka ini mengenali di manakah determination mereka dalam pelaburan trading.

Semoga dengan wujudnya platform yang disediakan RTC ini akan dapat merealisasikan impian mereka semua untuk jadi trader dan investor berjaya.

Di bawah ni saya kongsikan sedikit gambar saya di event tersebut.. Ke ada yang ada dalam gambar saya ni? he he he

Berjumpa dengan orang-orang hebat dalam RTC.. CEO MFM dan speaker RTC..

Produk-produk saya yang boleh didapatkan dengan pihak Akademi JL..

Pelancaran 850 stock di platform RTC oleh CEO MFM..

Tidak lupa juga untuk bergambar dengan student saya yang hadir ke event ini..

Dan kesemua pesertaa event Roudtour RTC ni..

Nanti saya share lagi ye info berkenaan talk saya tu dalam posting yang lebih khusus. Nantikan….

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.