Hai. Hari ni saya nak kongsikan mengenai 3 perkara yang saling berkait, tapi mempunyai maksud dan posisi yang berbeza. Wah… Apa itu ye?

1. BAKAT

Apa itu bakat? Bakat ini adalah apa yang terhasil dari kurniaan Allah pada hambanya yang terpilih dalam sesuatu perkara. Macam contoh, saya ni ada bakat dalam menganalisis. Bila tengok chart aje, cepat faham.

Atau contoh lain, ada artis baru yang kita panggil BBNU ni ada bakat suara yang unik dan bagus. Sebab bakat itulah dia cepat viral dan namanya naik meningkat.

2. MASYHUR

Apa pula masyhur? Masyhur ini adalah apa yang terhasil dari pujian masyarakat kepada individu yang mempunyai bakat. Oleh sebab bakat tersebut yang begemerlapan dan akhirnya individu tersebut berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan. Dan namanya pula semakin masyhur kerana masyarakat yang memujinya.

3. BANGGA

Bagaimana pula dengan bangga? Adakah bangga ini adalah sesuatu yang tidak baik?

Sebenarnya bangga ini akan perasaan yang terhasil apabila terdetik di hati kita sendiri. Ia perlu dikawal dan diternak supaya perasaan bangga yang terlahir bukanlah bangga yang meriak, tetapi yang membawa unsur positif.

Jom tengok situasi di bawah ini untuk lebih faham akan maksud yang saya terangkan.

Bangga 1:

Anda bangga dengan potensi dan bakat yang ada pada diri sendiri hingga melonjakkan anda untuk melakukan tindakan yang luar biasa.

Bangga 2:

Anda bangga dengan kemasyhuran yang anda terima dari masyarakat. Tetapi ia akan melenyapkan potensi siri malah akan menenggelamkan diri anda dalam populariti. Akhirnya?

Jadi, jom kita kenalpasti potensi dan bakat kita sendiri. Supaya kita merasa bangga untuk melakukannya dengan penuh minat.

Biarkanlah segala kemasyhuran yang dikecapi diletakkan ketepi supaya ia tidak memusnahkan diri anda kemudian hari.

*p/s: posting asal adalah dari ruangan fb personal saya.

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.