Assalamualaikum wmt..

Nampaknya kita telah melangkah masuk ke bulan Zulhijjah di mana pada bulan ini terdapat ibadah Haji yang di lakukan oleh umat Islam yang berkemampuan..

Bulan Zulhijjah ni sebenarnya adalah bulan yang bagus bagi kita yang bergelar muslim, sebab dalam bulan ini kita boleh melakukan amal ibadah yang membolehkan kita mengumpul pahala seperti mereka yang pergi menunaikan haji di Mekah.

Dan tidak asing lagi di dalam bulan Haji ini mesti akan ada ibadah Korban yang mana ia dilakukan untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Daging korban yang telah disembeih dan dilapah akan disedekahkan kepada fakir miskin serta saudara seislam yang lain.

Ada satu lagi ibadah sunnah yang mungkin ramai terlepas pandang jika mereka ini ada niat untuk melakukan korban iaitu amalan bercukur,  memotong kuku dan menggunting rambut perlu ditangguhkan sehingga tibanya raya haji. Jika kita lakukan dapat pahala, jika tak buat tak dapat apa.

Selain itu terdapat amalan lain yang mudah dilakukan untuk meraikan kehadiran Zulhijjah ini sempena dengan sahabat, keluarga dan saudara seislam kita mengerjakan haji di Mekah pada masa yang sama. Tidak kira kita berada di tanah air kita atau di mana jua, kita boleh sama-sama meraikannya dengan BERPUASA bermula dari 1 Zulhijjah sehinggalah 9 Zulhijjah iaitu sehari sebelum sambutan hari raya haji.

Ingat! Pada 10 Zulhijjah iaitu sambutan hari raya haji diharamkan untuk kita berpuasa. Jangan pula ada yang terlebih rajin untuk berpuasa sehinggakan pada hari yang diharamkan berpuasa pun anda puasa.

Seandainya kita rasa tidak mampu untuk berpuasa sepanjang 9 hari tersebut, sekurang-kurangnya berpuasalah pada hari Arafah iaitu pad a9 Zulhijjah di mana ia adalah waktu semya tetamu Allah (para jemaah haji) akan berkumpul dan berwuquf di Arafah. Pada waktu ini adalah waktu mustajab berdoa kerana pada waktu itu semua pintu langit dibuka dan doa kita itu tiada penghalang, terus sampai kepada Allah SWT.

Jadi bagi kita yang tidak berada di padang Arafah, kita boleh berpuasa dan tumpang kemeriahan berdoa di padang Arafah. Kita boleh sama-sama berpuasa, berzikir, bertahmid, solat hajat, tahajud, berdoa dan melakukan amal ibadah yang sewaktu dengannya.

Sebab apa?

Sebab Allah kan Maha Adil. Dia cuba beri peluang kepada kita yang tidak dapat mengerjakan haji ini untuk berdoa juga kepadaNya.

Setahun hanya sekali sahaja peluang ini diberikan. Jadi teramatlah rugi jika kita tidak ambil peluang yang telah diberikan ini. Dan pada masa ini juga kita boleh berdoa semoga Allah berikan pula peluang buat kita untuk menjadi tetamunya bagi melaksanakan Rukun Islam yang ke-5.

Seeloknya buatlah semasa kita masih sihat sebab best sangat rasanya bila beribadah masa badan sihat. Bnayak yang kita boleh explore berbanding bila kita beriabdah semasa kudrat kita dah tak berdaya.

Rukun Islam ini ada 5 aje:
1) Mengucap 2 kalimah
2) Solat
3) Puasa
4) Zakat
5) Haji

Maknanya HAJI ini adalah pelengkap untuk kita sempurnakan Rukun Islam kita walaupun syarat dia adalah ‘bagi yang berkemampuan’. Bukan dah pencen atau ada duit ‘nanti’.

Semasa jemaah haji melontar batu di Jamrah, kita pula boleh melakukan ibadah korban. Kalau di Malaysia dalam RM700 untuk satu bahagian. Tapi, kalau di tempat lain seperti Kemboja, tempat saya pernah ikuti qariah masjid ke sana semasa raya haji, satu bahagian hanya RM350 sahaja.

Oleh sebab penduduk di sana memang ada yang membela lembu, tetapi bukan sebagai makanan mereka, tapi untuk dijual bagi mendapatkan wang belanja untuk menyara hidup. Sebab itu juga mereka tidak mampu untuk makan daging. Hanya apabila tiba musim raya haji, jika ramai yang melaksanakan ibadah korban di sana, barulah mereka berpeluang untuk merasai daging.

Bagi anda mahal ke harga RM350 jika nak dibandingkan dengan nilai di Malaysia? Jika anda membuat kira-kira pun, anda hanya perlu simpan RM1/ RM2 sehari selama setahun untuk anda melaksanakan ibadah korban ini.

Bagi yang berfikiran jauh, ada yang ‘main kutu’ lagi dengan adik beradik untuk sama-sama pakat buat iabadah korban. Maknanya ada yang faham akan tuntutan dari Allah ni dan plan dan usahakan dengan sungguh-sungguh untuk melaksanakannya.

Baiklah. Sekadar itu perkongsian sempena kita menjalani Zulhijjah ini. Semoga anda semua dapat menunaikan Haji atau membuat iabadah korban pada bulan ini..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.