Hai sahabat blog.. Jom baca komik siri 03 dari AJL ni.. Penerangan kisah komik ni di bawah ye..


Kisah kali ini menceritakan tentang kawan Gogo iaitu Digo yang juga merupakan seorang trader. Namun, Digo mempunyai persepsi dan perangai yang lain dengan Gogo dalam bidang trading.

Digo lebih banyak meluangkan masanya dihadapan PC untuk melihat pasaran. Dan Digo juga mempunyai satu habit iaitu tangannya suka sangat menekan entry sehinggakan dalam satu hari Digo pernah melakukan entry lebih dari 10 entry. Kalau nak diikutkan, ia bukanlah satu tindakan yang bagus kerana bukanlah kuantiti entry yang memberikan keuntungan, tetapi kualiti entry tersebut yang menentukan profit atau loss sesuatu trading.

Akan tetapi, setiap entry yang Digo lakukan bukan hanya melihat kepada signal dan kesesuaian trend. Digo terlalu mengejar profit sehinggakan dia tetap entry walaupun sudah terlambat. Pada sangkaannya dia masih boleh kaut keuntungan.

Oleh sebab tindakannya itu, Digo kerap mengalami MC kerana entry yang dilakukan tidak berkualiti. Banyak wang nya telah habis lebur gara-gara entry yang tidak sesuai. Jika sesuatu trend telah pun tamat, tidak guna entry yang dilakukan kerana ia hanya menyebabkan entry itu tidak tepat dan trader mengalami floating negatif. Itulah nasib yang dialami Digo hingga menyebabkan wang di dalam akaunnya habis.

Apa moral yang anda dapat dari kisah Digo ini?

Jika anda mempunyai sikap atau perangai seperti Digo ini, lebih baik anda perbaiki kerana tindakan anda ini hanya akan menyebabkan anda mengalami kerugian.

Hanya kerana sifat tamak, anda telah leburkan wang anda begitu saja. Tidakkah anda rasa rugi dan menyesal? Jika anda ingin jadi trader yang berjaya, anda harus perbetulkan semula cara trading anda. Jangan ikut sepeti apa yang Digo lakukan.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.