How To Make Money With Trading?

Zaman Industri 4.0 sekarang ini, semakin ramai yang cuba mengambil peluang membuat duit dengan trading.  Siapa yang tidak suka apabila ada satu medium buat duit dengan cara yang sangat mudah? Lebih-lebih lagi seiring dengan zaman industri 4.0 sekarang ini yang semakin rasi dengan masyarakat zaman sekarang.

Siapa lagi pada zaman kini yang keluar rumah tanpa telefon pintarnya? Siapa lagi pada zaman kini yang tidak kenal dengan jaringan internet? Tanpa mengira usia, masing-masing sudah semakin maju dengan industri 4.0 kini.

Dunia trading memerlukan anda mempunyai pengetahuan dalam penggunaan komputer, telefon serta mempunyai internet. Bagi orang muda, belajar trading bukanlah satu perkara yang susah. Tapi, bagi yang berusia dan tidak berapa celik IT, juga bukan perkara yang susah kerana dengan usaha yang jitu, mereka juga mampu untuk mempelajarinya. Buktinya, kami sendiri mempunyai pelajar dari pelbagai golongan usia..

Mahukah anda mengetahui bagaimanakah caranya untuk anda buat duit dengan trading ni?

1. Tahu Terminologi Dalam Trading

Untuk buat duit dalam trading, anda kena tahu dan faham akan terminologi yang digunakan dalam trading supaya tidak berlaku salah faham yang menyebabkan anda tersalah masuk posisi.

Perkara ini adalah pengetahuan asas untuk jadi seorang trader. Anda kena tahu apa itu buy, apa itu long, apa itu sell, apa itu short, apa itu gap, apa itu pips dan beberapa terminologi yang lain.

2. Tahu Cara Baca Chart

Penggunaan chart dalam trading sangat sinonim bagi trader. Seorang trader yang tidak tahu membaca chart hanya akan menyebabkan dirinya melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan dia rugi.

Melihat pada chart, anda kena tahu bagaimanakah bentuk chart yang menunjukkan pasaran dalam keadaan uptrend, downtrend ataupun sideway.

Selain itu, untuk tahu baca chart, anda juga perlu tahu bagaimana cara untuk menggunakan indicator pada chart anda. Penggunaan indicator sebenarnya sangat membantu anda untuk memahami trend. Oleh sebab trend adalah perkara paling penting untuk diketahui. Jika anda tidak tahuakan trend pasaran, sukar untuk anda trade. Anda tidak boleh sesuka hati meletakkan posisi buy atau sell.

Begitu juga dengan tools yang ada di dalam platform MT4. Anda perlu kuasai penggunaan tools tersebut supaya ia memudahkan anda untuk memahami chart yang anda baca.

3. Tahu Bila Waktu Sesuai Trade

Untuk trade, anda perlu tahu bilakah waktu yang sesuai untuk anda trade. Tidak semua waktu adalah waktu yang sesuai sebab ada masa keadaan pasaran dalam keadaan rancak, dan ada masa ia berada dalam keadaan lembab (slow).

Trade pada ketika pasaran dalam keadaan rancak (ada banyak volume) akan menyebabkan posisi yang anda masuk tidak perlu menunggu waktu yang terlalu lama untuk ditutup.

Jika anda trade ketika pasaran dalam keadaan lembab, ia mungkin menyebabkan posisi yang anda masuk itu perlu menunggu masa yang agak lama untuk ditutup. Mengapa perlu tunggu lama jika ada waktu yang anda boleh tutup dengan lebih cepat?

4. Ambil Tahu Big News

Walaupun anda trade menggunakan ilmu teknikal analisis, tapi anda juga perlu ambil tahu tentang fundamental analisis. Anda perlu ambil tahu bila waktu big news untuk pasaran yang anda trade seperti news FOMC, NFP dan isu-isu yang lain.

Sebab jika anda trade ketika news besar sedang berlaku, ia mungkin boleh menyebabkan entry anda itu rosak kerana pergerakan pasaran yang volatile ketika news tersebut. Oleh itu, isu fundamental ini tidaklah boleh dipandang ringan sangat.

Walaupun ada juga yang buat duit yang banyak ketika news berlaku, tapi ia tidak digalakkan kerana anda tidak tahu dan tidak boleh predict apa yang akan berlaku ketika news tersebut.

5. Jaga Money Management

Penjagaan Money Management (MM) sangat penting dalam trading. Ia juga yang menentukan sama ada anda akan duduk lama dalam pasaran atau anda ditendang oleh pasaran akibat Margin Call (MC).

Ramai yang gagal dalam trading apabila mengabaikan isu MM ini. Akibat perasaan tamak yang wujud dalam diri, ingin kan lebih lagi menyebabkan trading mereka ini rosak.

Pergilah mana-mana kelas pun, mereka semua akan menyatakan bahawa MM adalah sangat penting sekali.

6. Trade Dengan Ilmu

Untuk buat duit, anda kena trade dengan ilmu. Bukan trade semberono seperti seorang gambler. Hanya ilmu yang menentukan sama ada anda ini trader atau gambler.

Bagi gambler, mereka ini mungkin ada untung yang banyak, tapi bukan setiap masa akan ada untungnya. Sebab itu anda kena ada ilmu bagi membolehkan anda meminimakan risiko kerugian dalam trading. Serta anda tahu kenapa anda perlu entry dan close posisi anda.

******

Okaylah, cukup sekadar ini perkongsian untuk hari ini. Semoga anda dapat manfaat dari ilmu yang kami kongsikan ini.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.