Jika sebelum ini dunia dikejutkan dengan negara Zimbabwe yang mengalami kejatuhan ekonomi dan diumumkan bankrup akibat kadar inflasi yang tinggi dan tidak terkawal. 

Kini, negara Venezuela pula mengalami situasi yang hampir sama seperti apa yang dilalui oleh Zimbabwe sebelum ini. Jika anda perasan, negara Zimbabwe pernah mencapai kadar inflasi tertinggi di dunia yang mana mencecah hingga 2.2juta% pada tahun 2009. 

Berbalik pada negara Venezuela, ia tersenarai antara 3 negara yang mempunyai kadar inflasi yang teruk melebihi 100% selama 3 tahun berturut-turut dan pada tahun lepas iaitu 2018 kadar inflasi di Venezuela telah mencecah 80,000%.  Sekiranya ia tidak dibendung, kadar inflasi di Venezuela boleh mencecah 1juta% dan juga mungkin boleh bankrup sama seperti negara Zimbabwe. 

Walaupun negara Venezuela merupakan negara yang paling banyak simpanan minyak antara pengeluar-pengeluar minyak terbesar di dunia, tetapi akibat daripada kejatuhan harga minyak secara mendadak menyebabkan ekonomi negara tersebut merundum. 

Yang lebih dramatiknya apabila negara Venezuela sendiri terlalu bergantung terhadap hasil minyak mereka berbanding mempunyai sumber ekonomi lain yang kukuh. Akhirnya apabila satu-satunya kekuatan sumber ekonomi mereka punah, maka keseluruhan ekonomi Venezuela turut tergugat.

Ia menyebabkan kadar inflasi di Venezuela menjadi tidak stabil dan tinggi. Ditambah pula dengan bebanan hutang-hutang negara yang tinggi dalam matawang asing menyebabkan nilai matawang Venezuela menjadi rapuh dan tidak bernilai lagi.

Kini, ramai rakyat Venezuela menghadapi kesukaran untuk membeli apabila matawang Bolivar mereka jatuh merundum. $1USD aje sudah jadi dalam $9.98750VEF. Nilaian barang keperluan asas pun mencecah jutaan Bolivar sehingga menyebabkan ramai yang tetap tidak mampu untuk membeli keperluan asas. Sehinggakan sistem barter digunakan bagi memenuhi keperluan masing-masing. 

Lihat!

Apa yang terjadi pada Venezuela ini pernah terjadi di Zimbabwe juga. Untuk mendapatkan sebiji telor aje mereka sampai mengusung kereta sorong yang penuh dengan muatan wang gaji mereka. 

Apakah yang bakal terjadi pada negara Venezuela jika kadar inflasi ini berterusan? Adakah Venezuela juga akan menerima nasib yang sama seperti Zimbabwe?

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.