Viral di RADIO semalam.. Cerita mengenai pelawak yang jadi DJ Radio.

Ada DJ Senior yang dah pencen menegur trend pengelolaan stesen radio sekarang ini yang mengambil pelawak sebagai DJ. Boleh dikatakan majoriti DJ radio sekarang ini memang banyak dipelopori oleh pelawak.

Sebenarnya perkara ini dah pernah bermain dalam kepada saya sebelum ini sebab ianya memang agak pelik kebelakangan ini. Bila saya buka radio aje, boleh kata kebanyakan mereka asalnya adalah dari program lawak.

Apakah petanda trend sebegini?

Ia menunjukkan abad menuju ke 2020 ini ramai rakyat Malaysia yang sukakan hiburan dan tidak sukakan sesuatu yang menstreskan kepala apatah lagi topik yang berat. Sungguh jauh berbeza dengan zaman saya dahulu.

Boleh dikatakan untuk tujuan mass marketing, kebanyakan stesen radio terpaksa meninggalkan dan mengubahsuai cara penyampaian lama yang ‘skema’ dan mengikut trend pendengar semasa. Mungkin sebab sekarang ini anak-anak mudah atau generasi Z ke atas yang majoriti menjadi pendengarnya.

Timbul satu persoalan dibenak fikiran saya. Adakah sekarang ini siapa yang nak DJ kena jadi pelawak dulu? Baru orang akan suka dengar?

Bagaimana pula dengan pengiklanan? Kalau anda, anda nak buat iklan di TV atau Radio?

Pada pandangan saya lebih baik iklankan di radio sebab orang sekarang dah tak tengok TV. Kalau mereka nak membeli pun mereka akan terus direct ke channel menjual barang terus. Lagipun, realiti sekarang ni ramai yang duduk dalam kereta berbanding di rumah. Sebab tu lebih baik buat iklan di radio, orang akan dengar.

Berbalik pada isu DJ dari pelawak. Dari sudut menjual barang atau produk, adakah nak jual produk aje kena ada pelawak? Jadikan pelawak tersebut sebagai follower tegar produk dahulu, kemudian suruh dia viralkan pula tentang produk di media sosial dia. Sebagai bukti, lihat aje motor Y suku yang menjadi viral dan laku keras selepas digunakan oleh kebanyakan pelawak.

Formula yang sangat bagus untuk trend masa kini. Apabila anda ada produk yang bagus, ada pelawak popular gunakan dan viralkan, kemudian akan ada ramai follower pelawak tersebut yang akan turut serta mendapatkan apa yang ditonjolkan sama ada terpengaruh atau ingin sesuatu yang pelawak tersebut ada, dan akhirnya produk tersebut meletup.

Nampaknya formula tersebut telah berjaya memartabatkan nama channel radio yang DJ nya dalah pelawak ke halwa telinga rakyat Malaysia.

Nama DJ radio sebelum ini yang dapat anugerah seperti Halim Osman, Linda Onn, Farah Fauzana, Abby Fana dan ramai lagi, adakah nama-nama ini akan tenggelam kelak? Adakah nama-nama DJ radio yang ‘skema’ akan tenggelam bersama? Jika ditanya anak-anak muda sekarang ini, apakah nama-nama DJ radio yang mereka tahu, adakah jawapannya adalah nama-nama DJ yang merupakan pelawak?

Saya rasa, lepas ni dah bolehlah Job Street atau Job Agency letak headline dalam peluang pekerjaan untuk mencari PELAWAK BERBAKAT. Rasanya mesti ramai yang akan apply.

Jika dahulu, kita ada Ujang, Gila-Gila, Din Beramboi bersi komik. Tapi sekarang ini kita ada pelawak versi LIVE yang terus install program lawak kat telinga pendengar radio.

. . Posting ini diolah dari posting di fb personal saya..

#DuniaAkhirZamanBeb

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.