Dewasa ni banyak persoalan yang timbul dalam kalangan trader berkenaan entry. Macam mana nak dapatkan entry terbaik. Macam mana nak tahu kat mana entry yang bagus.

Turutan dari itu, semakin ramai trader yang berlumba-lumba mencari signal untuk entry dan memberikannya hanya untuk mempopularkan diri masing-masing.

Anda rasa ia satu fenomena yang bagus ke?

Cuba anda cari jawapan untuk itu sendiri.

Jika anda lihat kembali pada 30 tahun yang lepas, cuba anda cari siapakah yang dipanggil sebagai trader?

Adakah mereka ini jenis orang yang bersembang di kedai kopi sambil main dam aji? Atau mereka ini jenis orang yang duduk dan berpeleseran di tepi jalan?

Sebenarnya mereka yang dinamakan TRADER ini adalah mereka yang menjadikan bidang ini sebagai kerjaya dan mereka ini bekerja dengan institusi kewangan dan broker firm.

Trader pada waktu itu akan fokus kepada apa yang mereka lakukan dan mempunyai determination yang tinggi dalam menguruskan wang fund dengan baik.

Namun begitu, dewasa ini dalam sekitar 10 ke 20 tahun kebelakangan ini, teknologi internet dan komputer yang canggih telah menarik perhatian orang di dalam industri ini untuk leverage kan kerjaya yang bertaraf professional ini ke peringkat yang lebih besar untuk membolehkan kecairan wang atau memudahkan liquidate dengan adanya participation dari orang ramai.

Niat yang bagus dan murni ini saban hari dan setelah sekian lama diamalkan telah mula disalahtafsirkan oleh rakyat marhain. Mereka merasakan bidang ini adalah JALAN MUDAH untuk mereka mencetak wang.

Hasilnya, wujud banyak scam di dalam industri ini terutamanya dalam industri forex satu masa dahulu.

Slogan “hanya dengan tekan buy @ sell kita boleh mencetak wang” telah menjadi viral dalam kalangan orang yang mencari peluang mudah untuk dapatkan wang.

Sehinggalah ramai yang termasuk di dalam kancah scam, memanipulasi akaun, sistem piramid, fund manager dan macam-macam lagi.

Sebenarnya isu ini perlu dibendung kerana sistem kewangan kapitalis serupa ini jika tidak dikawal, maka bukan sahaja trader secara personal akan rosak, malah keluarga dan negara pun boleh hancur.

Jadi, apa jalan yang betul dan selamat jika anda ingin terlibat dalam trading? Anda kena berbalik kepada 30 tahun yang lepas. Sesiapa yang hendak trade, mereka ini wajib dan perlu ada ilmu tentang trading.

Saya berikan anda perumpamaan yang mudah. Jika anda merupakan ahli Coway, Cuckoo, Amway atau mana-mana produk penapis air apa pun, anda mesti kena ada ini:

  1. Barang yang hendak dijual pastikan dalam keadaan elok dan terbukti ianya bagus. Barulah selesa anda nak menjual.
  2. Sistem transaksi perlulah ada sistem yang canggih dan user friendly serta secured.
  3. Anda yang nak menjual wajib ada latihan dan ilmu yang padu tentang produk untuk membolehkan anda pitching orang membeli terutamanya dalam volume yang tinggi.
  4. Anda juga boleh handle masalah dan isu teknikal.

Jika anda ada apa yang saya sebutkan di atas ni, barulah urusan jual beli atau trading anda itu berlangsung dengan baik. Sebab jika anda sebagai agen tapi tiada ilmu, pasti produk tersebut tidak akan laku.

Jadi kisah perumpamaan yang saya berikan di atas ini adalah sama seperti anda TRADING secara online untuk tekan buy atau sell. Bezanya cuma ia dalam bentuk alam maya, bukan fizikal seperti penapis air.

Jika anda fahami perkara ini, nescara anda akan deeply memahami bahawa untuk menjadi seorang TRADER, anda perlukan ILMU. Selain dari mengelakkan anda dari kerugian, ia juga selari dengan syariah compliance yang mana seorang trader itu perlu ada ilm uyang padu sebagai trader. Kalau sebaliknya, ia hanya menjadikan diri anda seorang gambler.

Saya mengharapkan agar anda yang selalu mengikuti saya ini akan menjadi seorang trader yang berilmu dah berjaya.

Boleh follow channel Telegram saya di bawah ini.

https://t.me/AlgoGold

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.