Berniaga Duit?

Siapa di sini tahu kenapa berniaga duit menguntungkan?

Saya beri contoh mudah seperti Bank, Broker, Kasino dan seumpamanya. Mereka ini semua berniagakan duit. Duit orang, duit trading, duit judi, semua duit.

Tapi, kalau berniaga duit ini menguntungkan, mengapa masih ramai trader yang rugi? Sebab apa ye? Cuba anda fikirkan jawapan untuk persoalan ini. Adakah trade yang bekerja di instisusi atau trader bank tidak mengalami kerugian?

Adakah hanya trader retail yang tidak berjaya mengaut keuntungan dan asyik mengalami kerugian seperti anda?

Jadi apa yang membezakan diri anda dengan orang lain?

Adakah sejak lahir lagi memang sudah tertulis yang anda ini akan sentiasa rugi dan jadi kaki depo je?

Sebenarnya cuba anda renungkan sejenak apa yang saya huraikan di bawah ini.

1. Adakah anda telah bersedia untuk jadi trader?

Cuba anda fikir sedalam-dalamnya adakah anda ini betul-betul sudah bersedia untuk menjadi trader? Adakah niat dan sasaran anda untuk jadi trader ini keluar dari ‘dalam diri’ anda atau anda hanya mengikut-ikut member anda aje?

Yelah sekarang ni ramai yang jadi trader, tapi atas dasar ikut kawan. Kawan trade, dia pun sibuk nak trade.

Ataupun anda hanya cakap di mulut sahaja yang anda hendak jadi trader. Tapi sebenarnya di dalam minda anda masih belum ready untuk menjadikan trader sebagai kerjaya anda?

Kiranya anda memang tidak bersedia menjadi trader. Anda tiada persediaan.

2) Adakah ilmu yang ada di dada anda telah lengkap untuk anda bergelar sebagai trader?

Sebab anda perlukan ilmu untuk anda berlawan dengan perangai market yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Anda rasa kalau anda tiada ilmu, bolehkah anda berhadapan dengan market yang ganas ni?

3) Adakah anda telah kenal diri anda? Di mana kekuatan dan kehebatan anda?

Sebagai trader, anda perlu tahu siapakah diri anda dalam trading. Apakah posisi diri anda, di mana kekeuatan dan kehebatan diri anda. Anda perlu tahu adakah anda ini jenis trader intraday, swing atau lainnya. Tahukah anda?

4) Adakah anda sudah mengenali market?

Untuk menjadi trader, anda perlu kenal akan market sebab Mr Market ni ada ragam dia sendiri. Kalau anda tidak kenal, macam mana anda boleh yakin nak letakkan duit anda dalam pasaran yang sangat besar dan mempunyai 1001 perangai manusia, strategi, emosi yang berbagai-bagai ini?

5) Adakah anda tahu di masa bila untuk anda masuk ke dalam pasaran dan pada waktu bila pula anda hendak keluar dari market 

Untuk jadi trader anda perlu tahu waktu bilakah sesuai untuk anda masuk ke dalam pasaran dan juga keluar dari pasaran. Sebab itu yang menentukan nilai trader anda. Jika tidak, rugi aje anda trade tanpa entry yang tidak tepat.

Okaylah, cukuplah dulu 5 persoalan ini yang anda wajib jika anda hendak berjaya menjadi seorang trader. Sebab banyak rahsia di dalamnya yang anda boleh rungkaikan. Tengoklah sama ada cukup atau tidak persediaan anda sebagai trader. Sesuai atau tidak.

Tapi jika 5 persoalan yang saya kongsikan ini anda tak boleh nak faham, tak terdetik pun jawapannya dalam diri anda, ini maknanya anda WAJIB tinggalkan dunia trading sebelum duit anda habis terbakar.

Berbalik kepada persoalan saya tanyakan pada sebelumnya dulu, jadi apakah yang membezakan anda dan orang lain?

Dapatkah anda jawapannya?

“Setiap seorang manusia itu akan berjaya dengan syarat mereka ada kesungguhan atau desire yang kuat untuk berjaya.”
“Beza antara orang yang berjaya dan orang yang fail adalah ilmu”
“Tuhan tidak akan zalim kepada hambaNya, dan Dia akan beri hanya kepada orang yang berusaha”

Anda tidak seharusnya give up kerana sebenarnya titik kejayaan anda telah ada di hadapan, Hanya anda perlukan sedikit lagi usaha dan letakkan determination anda yang jelas maka KEJAYAAN adalah milik anda!

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.