“Duit jika di simpan, akan jadi KERTAS! Tapi kalau digunakan akan jadi DUIT!”

Ini perkataan yang keluar dari tauke cina workshop masa saya bersembang dengan dia.

Jom saya kongsikan dengan anda apa hasil borak yang bermakna bukan kosong-kosong.

Contoh yang dia berikan adalah mengapa orang cina yang berniaga kasino, kedai loteri, jual peempuan dan jual segalanya setelah mereka ini kaya, mereka akan menukar kepada bentuk perniagaan lain pula yang akan convert duit tersebut kepada benda lain.

Apabila saya fahami apakah maksud disebalik percakapan dia ni, baru saya nampak sebenarnya ini adalah kitaran yang membawa maksud yang sama seperti perspektif di bawah ini.

1. Persepektif Pelaburan

Konsep ini telah lama diamalkan di mana pelabur menukar hard cash kepada benda yang boleh memberikan pulangan dalam tempoh yang pendek mahupun panjang.

Seperti tukar kepada hartanah, emas, saham, fix deposit dan yang lainnya. Daripada duit tersebut beku di bawah bantal, mahupun dalam saving account, mereka gunakan ke jalan lain yang memunafaatkan.

2. Perspektif Islam

Salah satu seruan agama menyuruh kepada kita (muslim) mengeluarkan zakat, sedekah dan waqaf adalah satu perkara yang sangat unik.

Sebab cuba anda bayangkan, dari wang yang dilaburkan untuk sedekah tersebut boleh dijadikan sebagai booster atau orang kampung kata baja untuk dapatkan ganjaran berlipat kali ganda semasa di dunia dan di akhirat.

Bahkan, wang yang kita simpan dikeluarkan untuk jalan amar makruf ini akan mencambahkan lagi rezeki yang mana ia sendiri dijanjikan oleh Allah swt bahawa kita tidak akan miskin dengan berbuat seperti itu.

Nampak tak betapa uniknya konsep ‘memberi’ ini yang umpama kita ni leverage kan sesuatu dalam hidup kita. Dan anda perlu faham akan konsep ini..

Dari kefahaman ini lah anda mampu buat duit, dan mengembangkan kekayaan anda.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.