Kerja Oh Kerja
Jika dahulu, kita terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan pekerjaan bagi mendapatkan wang. Ada yang berkali-kali pergi temuduga dan ditolak. Ada yang hantar permohonan kerja ke sana ke sini tapi tiada satu balas jawapan yang diperoleh. Ada yang membulatkan semua iklan kerja di surat khabar dan call sana sini bertanyakan kekosongan. Sehingga sanggup bekerja apa sahaja agar dapat pekerjaan.
Itu corak cara orang dahulu mencari pekerjaan. Namun, corak kehidupan pekerjaan kini sudah semakin berubah dengan kemajuan teknologi IT dan internet. Semakin banyak perubahan dilakukan dari tugas yang diuruskan oleh manusia bertukar kepada mesin.
Seperti keluar masuk duit di kaunter bank sudah boleh digunakan di mesin ATM dan CDM. Penggunaan tol secara tunai telah banyak ditukar kepada TouchNGo, RFid dan Smart Tag.
Penjualan dan pembelian barang yang digunakan secara kedai offline telah banyak berubah kepada online iaitu hanya secara atas talian tanpa perlu keluar rumah.
Apa dia kedai online yang popular sekarang ni? Tentu anda tahu kan. Lazada, Shoopee, Zalora, dan banyak lagi. Rasanya anda sendiri boleh senaraikan.
Teknologi Canggih
Banyak lagi sistem yang telah berubah yang mana banyak mengubah corak hidup orang dulu dan sekarang.
Jadi mesti anda juga tahu dari teknologi sekarang ini juga anda boleh buat duit. Jika dahulu cara ini hanya digunakan oleh institusi kewangan, bank dan firma broker. Namun ia telah mula dikenalkan kepada publik bagi mendapatkan penyertaan orang ramai di dalam pasaran.
Tahun ke tahun semakin ramai saya lihat melibatkan diri dalam bidang pelaburan trading ini. Senang kata buat duit secara online yang tengah viral sekarang ini. Ada yang trade sendiri dan ada juga yang pakai EA, kedua-duanya tetap membolehkan orang buat duit. Asal kena dengan tekniknya.
Seronok ke tidak bila anda boleh buat duit secara online tanpa perlu bersusah payah keluar rumah, cari orang, berdiri sepanjang hari, memikirkan KPI nak capai, pergi pagi balik malam, tiada masa dengan keluarga. Semua ini tak perlu anda lalui dah.
Dengan cara buat duit yang tengah viral ini, anda boleh keluarkan duit anda bila-bila masa tanpa perlu tunggu hujung bulan. Tanpa perlu bersesak dan mengikat perut pertengahan bulan. Tanpa perlu lagi catu makan dan barang perbelanjaan. Tanpa perlu bersusah hati memikirkan dompet yang sering kering dan kosong. Best kan?
Pelaburan Trading
Semua sedia maklum bahawa pelaburan dalam trading memang membantu untuk anda buat duit dengan lebih mudah. Kalau anda jadi investor, anda perlu tunggu masa yang lama atau panjang untuk dapatkan pulangan. Seperti rumah, hartanah, saham dan pelaburna lainnya.
Sebab itu ramai yang mencari pelaburan yang memberikan pulangan dalam masa pendek. Jadi trader, anda boleh pilih sama ada inginkan keuntungan harian, atau mingguan. Semuanya terserah pada tangan anda untuk memilih. Pucuk pangkalnya anda perlu berilmu tentang pelaburan yang anda ceburi.
Bersambung..
Ala….bersambung ke.. Baru khusyuk baca ni..hehe (yeke tu)