Setiap trader sudah pasti menyimpan keinginan untuk memperoleh kejayaan dalam trading mereka ini. Siapa yang tak nak berjaya kan?
Namun, dalam setiap perjalanan untuk menuju kejayaan, pasti ada liku-liku dan cabaran yang perlu dilalui oleh trader.
Dalam setiap perilaku dan keputusan yang dibuat akan mempengaruhi kejayaan anda dalam trading.
So saya nak kongsikan beberapa perkara yang boleh mempengaruhi kejayaan anda dalam trading..
1. Teknik tak sharp
Saya rasa ramai trader tahu setiap entry sangat mempengaruhi keputusan trade mereka, sama ada enrty tersebut berjaya profit atau pun tidak.
Jadi, sudah tentu mereka juga beranggapan bahawa teknik trading yang tidak sharp boleh menyumbang kepada kegagalan dalam trading.
Kerana apa?
Kerana entry yang dilakukan akan menyebabkan akaun mereka floating lebih lama dari yang sepatutnya dan terpaksa menanggung sedikit kerugian.
2. Trade cara berjudi
Selain teknik entry, saya pasti anda juga tahu dan realize sama ada entry anda itu secara ilmiah atau pun secara berjudi.
Berjudi tu maksudnya anda tidak tahu kenapa anda entry. Anda lihat orang lain entry, anda pun entry. Anda lihat orang lain kata profit, anda entry. Seperti anda bermain tikam.
Sebenarnya ia boleh jadi satu masalah atau penyakit buat anda jika tidak dibendung. Bagaimana untuk anda rawat sakit anda ini?
Makanya anda perlu berjumpa dengan ‘Doktor’ yang boleh memberikan anda penawar kerana ini adalah penyakit yang boleh menjadi cancer dalam diri anda.
Cara trade sebegini juga menjadikan aktiviti trading anda ini sudah seperti pusat casino persendirian anda. Wow.. Statement yang kejam kan?
Tapi memang tidak ada perkataan lain yang lebih baik untuk saya gambarkan bagi orang sebegini kerana mereka ini telah merosakkan bidang trading ini dengan menjadikan sumber pencarian rezeki mereka menjadi HARAM.
Topik yang kedua ni memang saya nak kupas panjang sikit sebab kadang-kadang ramai trader tidak perasan mereka trade dengan sebegini. Sebab utamanya adalah mereka ini belajar trading dengan cara yang salah, tidak ada proper guru dan guidance yang betul.
Akhirnya yang salah itu mereka ini anggap betul. Sedangkan mereka telah meletakkan setiap position mereka dalam keadaan yang berisiko tinggi.
Ini yang menjadikan mereka ini terus dan terus loss dalam trading.
3. Otak tak ready sebagai trader
Yang ni pun satu juga. Sebab ada jenis trader ni rupanya dia sendiri belum bersedia nak jadi trader. Sama macam kalau anda nak masuk dewan peperiksaan, nak exam ni, tapi anda sendiri tak bersedia lagi. Tak buat preparation pun. Anda rasa result exam tu nanti akan gempak ke?
So, jika nak jadi trader, anda kena siapkan mental dan fizikal sepenuhnya. Baru boleh nak gapai impian untuk jadi trader berjaya.
4. Tak pasti
Jika anda berada di sini, anda sendiri tak pasti lagi macam mana nak entry, anda boleh dipertimbangkan sebagai masih baru dan fresh lagi dalam dunia trading.
Anda masih perlu digilap, dan gali lagi ilmu trading untuk membentuk diri anda jadi trader berjaya kelak.
Tak ada istilah mustahil berjaya jika anda sendiri meletakkan usaha anda 200%.
5. Strategi tak ngam
Ada yang dah ada ilmu trading, dah ada strategi atau teknik untuk trade. Tapi masih juga mengalami loss.
Haa.. yang ini anda perlu kaji semula kenapa anda loss?? Berapa banyak aje anda win berbanding loss??
Macam mana?
- Kaji semula rekod trading anda
- Tengok semula history trade anda
- Lihat bagaimana performance anda
- Catat dan grafkan performance anda
- Tulis teknik dan strategi yang anda gunakan
Dari kajian anda itu, buat summary berapa banyak anda win dan berapa yang loss? Kalau banyak loss dengan teknik dan strategi yg sama, mungkin anda perlu mencari teknik yang lebih sesuai untuk diri anda.
Cuba fine tune sedikit cara entry dan exit anda. Dan jika masih tidak berhasil, carilah guru yang boleh membimbing anda kerana ia adalah jalan semalat dan lebih ‘fast track’ untuk anda berjaya.
Kerana belajar dari orang yang telah berjaya adalah lebih mudah dari anda sendiri explore dan endingnya anda pun tidak pasti akan berjaya ataupun tidak.
***
Setakat itu sahaja perkongsian saya hari ini. Semoga anda ambil segala munafaat dari apa yang saya sampaikan.
Apa pun, jangan mudah putus asa sebelum anda berikan sepenuhnya usaha anda. Kerana rezeki takkan datang bergolek kalau tidak dicari..
#IrSofian