Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsikan berkenaan 3 golongan yang wujud dalam dunia trading. Ia adalah berdasarkan kepada pengalaman saya dalam bidang trading. Dari perkongsian saya ini, anda boleh tahu anda ni golongan yang mana satu.

1. Golongan Baru Nak Kenal Market

Golongan ini jenis excited untuk belajar sebab daya penarik mereka ini adalah duit. Bila sampai satu tempoh, mereka dapat hadam dan absorb ilmu trading ni dan faham market, maka mereka ini akan terus stay dalam trading.

Tapi, bagi mereka yang tak mampu nak faham atau hadam lagi berkenaan trading, mereka ini akan tinggalkan market sebab rasa ianya tidak serasi dengan diri mereka.

2. Golongan Yang Dah Dalam Market 3 – 6 Bulan

Golongan ini jenis yang dah merasa untung hasil dari duit ‘tekan-tekan’. Sekiranya mereka ini masuk dalam track yang betul, trade dengan cara yang baik dan tidak hentam lot size besar, mereka ini akan stay dalam trading sebab mereka tidak rasa terhempas gedebuk jika jatuh atau rugi. Masih lagi dalam kawalan mereka.

Tetapi, jika mereka ini dah terjebak ke arah channel yang nak kaya cepat, jenis tekan lot size besar, jenis tak hargai duit atau fund yang mereka laburkan. Sampai satu masa, fund mereka ini akan habis. untung mereka akan bertukar menjadi rugi. Dan mereka akan rasa ‘malu’ dengan market dan frust untuk nak trade lagi.

Akhirnya mereka ini akan tinggalkan terus dunia trading. Dan ramai yang sebenarnya terjebak dalam golongan seperti ini apabila mereka ini tak berjaya kawal emosi tamak mereka.

3. Golongan Yang Sedar Mengapa Mereka Trade

Golongan yang akan kekal dalam market sebab mereka ini sangat passionate dengan market. Mereka tahu untuk menguasai market mereka perlukan ILMU.

  • Fokus dan direction mereka ini jelas.
  • Untung rugi yang mereka nak pun jelas.
  • Journey untuk tempoh 5 ke 10 tahun mereka pun jelas.

Golongan ini lah yang akan jadikan trading ini sebagai ATM machine. Yang memudahkan mereka untuk keluarkan wang bila-bila masa sahaja mereka inginkan.

So, anda ni duduk dalam golongan yang mana satu?

Adakah masih stay dalam trading? Atau sudah ‘hi hi- bye bye’ dah?

Begitulah ragamnya dalam trading. Hanya yang berjaya kawal lot size dan ada perancangan akan konsisten lama dalam trading, berbanding mereka yang jadikan trading ini medium judi mereka.

Ragam judi hari ini menang, esok belum tentu.

P/S: posting asal saya adalah dari Channel Telegram AlgoGold.

#IrSofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.