Hai gang.. Hari ini saya nak kupas satu persoalan yang sering timbul dalam minda setiap trader. Tidak kiralah trader baru ke, trader lama ke, mesti persoalan ini tetap akan muncul.
Susah Ke Nak Belajar?
Soalan yang sering timbul ini adalah berkenaan ilmu trading. Mampukah mereka ini belajar dan mahir dalam trading? Macam mana kalau tak boleh hadam, tak boleh faham, tak mampu mahir?
Sebelum kita sama-sama bedah siasat soalan ini, apa kata anda tengok dahulu kaji selidik yang saya dah buat..
Tanya pada diri anda berapa lama anda trade? Yang mana satu tempat anda?
Sebenarnya pada saya, tidak kisahlah berapa lama pun anda belajar, bertahun ke, baru sehari ke, apa yang penting adalah SUMBER anda belajar. Dari mana?? Itu yang penting.
Sebab jika salah sumber, bagaimana anda boleh nak mengharapkan diri anda boleh mahir dalam trading?
Lihat aje dalam duni aserba moden dan penggunaan social media yang sangat meluas sampai di mana sahaja ada internet, anda boleh akses kepada segala Youtube, Ebook, Telegram, Whatsapp, Email, Website dan lain-lain lagi. Terutama sekali PakCik GOOGLE yang memang tak lokek nak berikan informasi pada anda.
Jika anda tanya pada saya, susah ke nak belajar trading ni? Jawapan ikhlas saya, senang aje. Nak tahu sebab apa? Jom baca contoh yang saya berikan di bawah ini untuk anda fahamkan lagi.
Ini situasi ramai trader baru
Pada permulaan nak trade tu muda sangat. Sebab tekan aje dapat duit. Tekan aje dah dapat profit. Modal dari $100 tu kejap aje nak gandakan. Dalam tak sampai 1 bulan pun dah boleh dapat $500.
Namun, situasi selepas itu berubah, bila mana tekan aje tiba-tiba market reverse. Tak memasal duit yang dapat untung tadi mula hilang sikit demi sikit. Time tu mula lah timbul bermacam-macam emosi. Rasa marah pun ada pada market sebab time anda masuk tu lah dia buat u-turn.
Tapi anda fikir balik, kan mudah dan senang aje pun masa awal-awal anda trade. Anda sendiri dah dapat buktinya sendiri bila anda dapat untung sunang-senang aje. Jadi anda fikir okay lah, cari modal balik untuk anda masukkan semula dalam akaun trading anda. Kalau dulu masuk $100 boleh dapat sampai $500. Cuba kalau masuk $1000, mesti dapat lagi banyak.
Haa.. Time ni otak anda ligat membuat calculation. Yang pasti anda kira untung aje.. Macam tak nampak loss tu pun..
Anda pun masukkan $1000 dan tak sampai sebulan anda dah dapat sekali ganda. Wow.. Time ni sukalah anda sebab tak perlu nak susah-susah keluar berniaga. Hanya duduk menghadap pc aje.
Tapi, tahukah anda apa kesudahan plot cerita ini?
Anda rasa senang tak?
Sebab anda hanya ada 2 button yang boleh ditekan iaitu BUY & SELL. Bila mana anda nampak market nak naik, maka anda buy. Bila anda nampak market nak turun, anda sell.
Tapi, timbul pula satu persoalan lain masa nak tekan tu. Bagaimana anda nak nampak market punya direction turun atau naik tu?
Di sinilah timbul perkara yang WAJIB anda lalui dalam dunia trading iaitu belajar mengenal market.
Kalau nak tahu, masa peringkat awa dulu tu, yang anda tekan dapat duit tu, itu semua adalah LUCK. Atau Bahasa mudahnya kita cakap NASIB. Tapi yang membezakan anda dengan orang yang tak pernah merasa duit dari trading ini adalah BAKAT yang telah sedia ada dalam diri anda.
Ya, saya cakap bakat sebagai trader yang ada dalam diri anda.
Bagi yang asyik rugi memanjang dari mula kenal market, jangan berkecil hati pula. Sebab walaupun anda tidak ada bakat semula jadi, namun jika ia dipupuk dan diasuh dengan usaha yang konsisten dan ada determination yang padu, anda juga boleh merasainya nanti.
Jika orang yang ada bakat ini usaha sekadar 30%, anda perlu berusaha 3x ganda dari mereka ini. Orang sebegini jika diberi guide (coaching) dan mentor, pasti akan meletup selepas itu.
Sebab saya sendiri dah tengok banyak track record student saya yang ada di depan mata. Susah senang untuk anda jadi trader adalah bergantung pada diri anda sendiri.
Saya percaya, semua orang boleh berjaya. Semua orang boleh jadikan trading ini sebagai kerjaya dan sumber kewangan mereka. Dan semua orang juga akan mengalami rugi juga cuma ianya boleh dikawal.
Sebab tak ada yang mustahil. Hanya anda perlu setkan MINDA anda bahawa anda boleh capai apa yang anda hajati.
“Trading adalah satu cabang kerjaya untuk pendapatan, Rosaknya industri ini kerana ramai yang tersilap faham sewaktu mereka mula mengenali dunia trading”
Posting asal adalah dari Channel Telegram AlgoGold.