Apa Itu Fibonacci?

Anda tahu tentang fibonacci? Kerana saya dapati ramai yang kata dia tahu apa itu Fibonacci tapi sebenarnya mereka tidak betul-betul faham dan tahu penggunaan Fibonacci.

Anda jenis macam mana?

So apa kata kali ini saya sharekan tentang fibonacci atau mudah disebut sebagai FIBO aje.

Sebenarnya fibo ini adalah hanya nombor yang berasal dari nombor binari iaitu 0 dan 1. Anda biasakn dengar nombor binary? Kalau tak pasti boleh mintak bantuan pakcik google untuk kajian lanjut.

Nombor binari ini secara umumnya meluas digunakan di dalam sistem komputer dan kalau anda pernah tengok cerita MATRIX yang lakonan Keanu Reeves, ada ditunjukkan nombor binary ni semasa pergerakan matrix dia..

Dipendekkan cerita dari nombor binary inilah bila dicampur dan dibahagi akhirnya terhasil nombor yang setara atau consistance iaitu 1.618 dan nombor inilah dipanggil juga dengan nama golden numbers.

Sebenarnya banyak kisah tentang permulaan nombor fibonacci ini wujud. Ada yang kata si dia ni yang cipta dari pemerhatian dia tentang pembiakan arnab, ada yang kata dari dari binatang itu laa ini laa, ada yang kata ianya asal dari cendikiawan Islam yang mahir matematik.

Apa yang pasti, tidak kiralah dari mana asal terciptanya kiraan Fibonacci ini, ia sangat berguna pada kita semua.

Kerana ia menjadi nombor magik yang boleh digunapakai dalam membuata ukuran nisbah pada tubuh badan manusia, tumbuhan, kiraan pusat bumi, jarak ekah, kiraan dalam seni pembinaan dan banyak lagi, termasuklah kiraan target perjalanan harga dalam pasaran.

Kalau anda lihat, karya agung potret Monalisa yang dilukis dengan sempurna dan tiada tolok bandingnya. Ia dilukis oleh pengamal fibonacci sendiri iaitu leornado da vinci. Hebat bukan! Sebenarnya potret monalisa itu sendiri berharga bukan sebab dia dilukis dan hasilnya lawa tetapi sebab ada rahsia yang terselit di dalam lukisan itu yang membuat ia lebih berharga.

Memandangkan nombor fibo ini jadi keramat dan sebutan ramai orang sejak berzaman-zaman lagi, ia juga tidak ketinggalan digunapakai oleh chartist di dalam dunia trading. Baru lah related kan dengan topik kita, berkenaan TRADING.

Mungkin anda dah tahu atau pun tak perasan dan ada yang tak nak ambil tahu bahawa trading ni adalah sebuah MONEY GAME. Sebab itulah bila sebut perkataan MONEY GAME, anda akan terjebak ke dalam kancah GAMBLING. Money game bermakna kita semua akan menggunakan nombor sebagai perantara. Jika anda menatap paparan chart di MT4, MT5, tading view, stock chart, investing, bursa station atau lain-lain lagi.

Semuanya mengunakan paparan yang sama yang axis menegak dalam bentuk nombor sama ada harga saham, point index, harga komoditi, nilai currency (forex), nilai bitcoin dan harga atau point lain-lain. Manakala axis mendatar adalah menunjukkan masa dan tarikh. Segalanya jika anda perasan adalah nombor. Ianya bagaikan LAUTAN NOMBOR di paparan yang terbentang luas itu. Sebab itulah kita boleh katakan apa yang anda tekan adalah figure atau nombor.

Bayangkan jika anda tidak minat nombor, bagaimana anda nak jadi trader?

Trading ini pada asalnya adalah sangat murni. Ianya adalah tatacara pertukaran barang dengan barang. Bahasa sekolah dalam subject perdangangan dulu kita panggil sebagai sistem barter. Ingat lagi tak?

Tapi setelah sekian lama dan zaman telah berubah, sistem conventional telah berubah dan trading secara conventional itu telah diupgrade kepada sistem secara online. Pasaran komoditi adalah pioneer kepada urusan trading ini.

Urusan jual beli beras, kopi, gandum, soya, minyak dan sebagainya sangat meluas di gunakan hinggakan bar chart dan candlestick wujud hasil dari transaksi yang direkodkan untuk jual beli beras. So apa yang peliknya pada trading kan! Sebab sebenarnya ia telah dibuat sekian lamanya.

Semua orang sebenarnya  mampu untuk berdagang selagi mana anda boleh faham bagaimana nak membaca pergerakan harga pasaran.

Apa kaitan fibonacci dengan trading ni?

Perkara yang paling crucial dalam trading adalah untuk mendapatkan HARGA. Betul tak? Berapa harga nak beli? Berapa harga nak jual?k Kat mana nak take profit? Kat mana nak cut loss? Semua ini persoalan yang hendak ataupun tidak anda kena soal dan jawab bila anda letakkan kaki dalam bidang trading ini.

SIapa yang nak rugi dalam trading? Semua orang nak untung kan. So dari sinilah wujudnya istilah yang saya sebut sebelum ini iaitu MONEY GAME.

Dalam apa-apa urusan pun apabila melibatkan duit, ramai yang tak nak rugi. So masing-masing akan menggunakan segala helah dan tipu muslihat (kita baca dalam bentuk STRATEGI) untuk memboleh kan kita menang dalam setiap transaksi. Mahu atau pun tidak, kita perlu mencari tools yang sinonim dan familiar dalam industri dan orang gunapakai ia untuk mencari figure seperti yang saya sebutkan di atas.

So Fibonacci ini adalah antara tools yang terbaik dan application nya masih menjadi rahsia setiap trader.

Kunci kejayaan trading bila menggunakan fibo adalah bukan pada fibonya akan tetapi di mana kita letak kedudukan swing high – swing low sesuatu price itu. Di atas telah diperkatakan tentang di mana-mana kedudukan di dalam chart adalah nombor, oleh itu jika anda meletakkan garisan @ point untuk measure fibo itu anda akan dapat figure.

Namun persoalannya adalah adakah nilai figure tersebut berguna untuk trading kita? Apakah implikasinya jika kita guna fugure tersebut?

Oleh itu hebatnya sesorang itu adalah pada kala dia tahu bagaimana garisan fibo itu berfungsi dan berguna untuk dia dan dia tahu dimana hendak meletakkan garisan fibo tersebut berdasarkan kepada keadaan market yang hendak di analisa.

Nanti kami akan preparekan bahan bacaan tambahan untuk fibo ini  untuk anda semua mahir menggunakannya . Persoalannya ada kah yang mahu ?

PS: Posting asal adalah dari Channel Telegram AlgoGold

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.