Assalamualaikum.

Hai warga blog yang masih lagi mengkuti perkembangan saya di website saya ini..

Hari ini saya nak kongsikan sesuatu ilmu berkenaan dengan trading. Yalah, nak masuk penghujung tahun 2019 ni, dan tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi kita nak menjejak ke tahun 2020, anda kenalah tambah ilmu berkenaan trading juga.

Walaupun trading ini memang membolehkan anda buat duit tepi, duit poket, duit harian atau jadi mesin ATM anda, tapi untuk capai impian ini anda perlu tahu apakah determination anda dalam trading ini.

Kalau anda nak tahu, sebenarnya ramai aje trader yang boleh trade dan ada ilmu trading. Tapi perasan tak kenapa mereka ini tidak boleh nak mengubah kehidupan mereka ini dengan duit hasil dari trading? Haa.. Sebab apa ye?

Saya sendiri ada buat survey berkenaan kenapa orang sibuk nak trade. Apakah tujuan mereka ini trade sebenarnya. Dan antara pilihan jawapan yang saya berikan  adalah seperti di bawah ini:

A. Buat duit belanja
B. Nak buat simpanan di ASB
C. Nak simpan untuk deposit beli rumah
D. Nak beli kereta idaman
E. Nak simpan untuk keperluan duit sekolah anak-anak
F. Nak prepare untuk kahwin
G. Nak guna untuk holiday

Hasil dari survey yang saya lakukan, memang hampir 50% mereka yang trade ini adalah untuk bantu kehidupan mereka yang mana majoriti nya memilih pilihan pertama, iaitu buat duit belanja.

Lihatlah sahaja kegawatan ekonomi yang sedang melanda Malaysia dan dunia, kita perlu mencari solusi dengan ara kita sendiri. Sebab jika bukan anda sendiri yang bertindak, anda sendiri tidak akan dapat keluar dari kemelut masalah kewangan ini.

Sampai bila anda ingin bergelumang dengan masalah gaji yang tidak cukup untuk tampung kos perbelanjaan hidup? Dalam masa yang sama anda mempunyai komitmen loan yang perlu dibayar seperti rumah dan kereta. Tambah lagi dengan kos anak sekolah dan banyak lagi.

Jadi sebab itu anda perlukan determation yang kuat jika anda cebukan diri dalam bidang trading. Jadikan ia sebagai BIG WHY anda yang menggerakkan segala tindakan dan gerak geri anda. Jadikan ia sebagai motivasi untuk anda meneruskan menuntut ilmu dan berjaya dalam trading.

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.