Assalamualaikum wmt wbkh..

Sekejap masa berlalu, akhirnya kita tiba pada Jumaat terakhir bagi tahun 2019 ini. Setahun dah nak berlalu sebelum kita masuk pada tahun baru, tahun 2020, tahun yang dahulunya ramai orang tunggu sebab Wawasan 2020

Namun, wawasan 2020 yang pernah diusulkan oleh Tun M telah pun diganti apabila bertukar perdana menteri, dari Tun M kepada Pak Lah. Pak Lah membawakan usul Islam Hadhari. Selepas itu DS Najib pula membawa gagasan 1 Malaysia.

Jika dahulu, ketika pemerintahan Tun M, memang wawasan 2020 adalah satu tarikh yang menentukan Malaysia waktu itu akan jadi sebuah negara maju. Kita siap terbayang akan ada kereta terbang pada zaman tu. Futuristik sangat pemikiran masa tu. 

Bila dekad demi dekad berlalu, dan kita telah pun sampai pada tahun yang disebut-sebutkan sebelum ini, inilah paparan zaman kini. Inilah realistiknya. Tiada lagi imaginasi zaman kanak-kanak, atau zaman remaja yang kita fikirkan dulu. 

Bahkan, tahun 2020 nanti adalah tahun di mana Krisis Ekonomi Dunia bakal berlaku. Perkara yang sangat  menakutkan. Sebab saya pernah hadapi krisis ekonomi yang sebelum ini. Memang waktu itu susah sebab ramai terpaksa diberhentikan kerja, VSS, siap ada yang buat demonstrasi tepi jalan. Mana yang tak mampu bayar loan, kereta ditarik, rumah dilelong.

Marilah sama-sama kita berdoa di Jumaat terkahir kita ini, orang kata waktu mustajab berdoa ni ketika dengar khutbah sampai habis solat jumaat. Dan juga selepas asar. Waktu inilah kita berdoa semoga tahun 2020 akan bawa sinar gemilang dalam hidup kita, tahun yang keluarkan kita dari kesempitan hidup, semoga kita tetap dapat survive ketika krisis berlaku. 

Salam Jumaat Terkahir,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.