Assalamualaikum..

Hari ini saya ada buat video live di fb page saya. Saya kongsikan topik berkenaan “2020, Gold Membuat Comback. Throwback Krisis 1998/2008”.

So sepanjang saya live, ada beberapa perkara yang saya nampak masih memerlukan pencerahan. Maka saya rasa ada baiknya saya sematkan di dalam website saya ini untuk tatapan dan bacaan umum semua.

Ada yang tanya, apakah faktor kepada SENTIMEN ni. Ada yang tanya, sementara ke kesan akibat sentimen ini.

Kalau dalam trading, isu sentimen ini memang selalu buat para trader ‘pening kepala’.

Sebab dalam dunia trading ini, ada 3 pillar utama yang perlu trader kaji untuk fahami pengaruh dan kesan kepada pasaran iaitu Teknikal Analisis, Fundamental Analisis dan Sentimen Analisis.

Teknikal Analisis

Ramai trader boleh kuasai ilmu teknikal analisis. Anda lihat sahaja betapa berkembangnya trader sekarang ini kerana mempunyai ilmu teknikal analisis berbanding 5 tahun dahulu yang mana masih ramai lagi yang ‘buta’ dan tidak terdedah dengan ilmu teknikal.

Fundamental Analisis

Begitu juga ilmu fundamental analisis yang sudah tidak asing lagi bagi trader yang pernah melibatkan diri dalam dunia stock market. Saya boleh bagi perumpamaan dah macam isi dan kuku nak menunjukkan betapa rapatnya trader stock dengan fundamental.

Nak tahu apa yang beza trader stock dulu dan sekarang ini tak? Memang sangat berbeza.

Dahulu, sangat mudah nak predict saham mana nak beli. Sebab bila anda baca sahaja news, buat sedikit lagi kaji selidik pada latar belakang syarikat, macam mana performance syarikat tersebut dalam 10 tahun. Kemudian lihat pula pada catalys, tanya remiser, dan boleh beli. Mudah. Tidak perlu pun nak refer pada chart bagai.

Namun, melihat kepada keadaan sekarang, dah terlalu banyak kes yang catalys tidak tepat dan rumors yang melebihi dari kejadian sebenar. Oleh itu, bila anda membeli disebabkan rumor, ia hanya akan menyebabkan anda terperangkap di dalam tu sebab masa itu pembeli yang sedia ada telah pun mengaut keuntungan. Ini memang permainan mereka.

Tapi, ada kebiasaannya fundamental memberikan pengaruh besar kepada pasaran terutamanya untuk menentukan arah tuju pasaran selepas lama ia dalam keadaan sideway.

Sentimen Analisis

Perkara yang paling sukar dijangka bagi trader adalah sentimen analisis. Seperti apa yang terjadi baru-baru ini di mana USA berperang dengan Iran hingga memberi kejutan kepada harga emas. Peperangan ini menyebabkan harga pasaran emas melonjak hingga hampir mencecah paras harga $1600/oz. Dalam masa 1 jam, kenaikannya hampir $40/oz di awal pagi Isnin yang lepas semasa pasaran dibuka.

Sebenarnya banyak lagi kejutan sentimen yang pernah berlaku sebelum ini. Kalau anda lihat, sepanjang beberapa tahun ini isu sentimen ini memang ada memberi kesan pada pasaran. Contohnya isu kemenanangan Donal Trump menjadi Presiden USA, isu Brexit, isu matawang Swiss dan banyak lagi.

Kebiasaannya sentimen sebegini hanya seketika dan akan kembali pulih seperti sediakala. Umpama banjir kilat yang berlaku, paras air yang biasa menjadi naik mendadak hingga ke skala richter yang merbahaya. Walaupun kenaikan air banjir ini bersifat sementara tetapi ia meninggalkan kesan kepada yang terlibat.

Minggu ini, akan ada news besar untuk minggu pertama bulan Januari ini. Dan pada masa yang sama, akan ada juga NFP yang pertama untuk tahun 2020. So waktu ini anda akan lihat adanya isu sentimen yang bakal berlaku.

Di sini saya lampirkan analisa saya terhadap pasaran emas bagi 10 dan 20 tahun. Semoga anda faham dan tahu kemanakah pergerakan gold selepas ini.

Gold 10 Tahun

Gold 20 Tahun

Untuk anda lihat sesi LIVE saya tadi, boleh tengok diruangan youtube yang saya dah upload semula.

Atau boleh tonton semula di live fb page

Perang USA – Iran beri kesan kepada harga Emas meletup ?Jom kita live bersama saya

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Ahad, 5 Januari 2020

Haa… Tinggal pilih je mana medium yang anda suka..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.