Assalamualaikum. Selamat pagi sahabat semua.

Hari ini saya nak kongsikan mengenai 1 Dinar = 1 Ekor Kambing. Saya rasa topik ini ramai dah tahu, lebih-lebih lagi jika awak tengok live saya di FB minggu lepas.

Untuk tahun 2020 ni, saya cuba untuk buat live setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, berkongsikan topik-topik berkaitan emas dan pelaburan. Semoga perkongsian saya ini bagi munafaat pada semua yang mendengarkannya.

Pada zaman Rasulullah dahulu, sistem jual beli mereka menggunakan matawang emas dan perak yang dipanggil dinar dan dirham. Pada suatu hari, Rasulullah saw memberikan wang 1 keping dinar kepada sahabatnya Urwah untuk ke pasar membeli seekor kambing.

Maka Urwah pun pergi ke pasar dengan membawa wang 1 dinar tersebut untuk mendapatkan kambing buat Rasulullah. Sampai di pasar, Urwah berjumpa dengan penjual kambing. Setelah tawar -menawar, akhirnya Urwah berjaya mendapatkan 2 ekor kambing dengan nilai wang 1 dinar emas yang diberikan oleh Rasullulah itu tadi.

Dalam perjalanan pulang membawa dua kambing itu, tiba-tiba seseorang lelaki menghampirinya dan menawarkna untuk membeli seekor kambing milik Urwah dengan nilai wang 1 dinar emas. Maka Urwah pun menjualkan seekor kambing itu kepada lelaki tersebut.

Kemudian Urwah menghadap Rasulullah saw dengan membawa satu dinar emas dan satu ekor kambing. Baginda lalu meminta penjelasan bagaimana Urwah boleh membawa kembali seekor kambing dengan wang yang diberikannya. Maka Urwah menceritakan kembali kejadiannya kepada Rasulullah, maka baginda pun berdoa: “Ya Allah berkatilah Urwah dalam perniagaannya”.

Inilah sirah yang menceritakan bagaimana nilaian 1 dinar ini setara dengan nilai 1 ekor kambing.

Oleh sebab itu, nilaian 1 dinar emas ini sentiasa berubah mengikut kepada nilai seekor kambing mengikut situasi semasa itu.

Pada tahun 2011, 1 dinar ini dalam RM600 sebab waktu itu nilai seekor kambing adalah RM600. Dan sekarang ini harga kambing dah naik menjadi RM900. Maka 1 dinar waktu sekarang ini juga adalah RM900. Harga naik turun dinar ini bersangkut paut dengan harga kambing.

Apa yang saya nak kongsikan berkenaan dinar ini adalah ia sangat sesuai jika anda ingin membuat simpanan, tabungan atau pelaburan dengan menggunakan dinar berbanding anda menyimpan wang kertas kita iaitu fiat money. Sebab apa saya cakap macam tu? Sebab fiat money ini jika disimpan ia akan terkesan dengan inflasi.

Contoh, anda simpan RM900 dalam bentuk wang untuk buat aqiqah anak, setelah satu tempoh, nilaian RM900 tersebut telah berkurang akibat kerana inflasi yang berlaku. Pada waktu anda nak buat aqiqah, mungkin harga kambing dah naik menjadi RM1300. Ini lah yang dikatakan inflasi.

Tapi jika anda simpan 1 dinar untuk buat aqiqah, maka bila sampai satu tempoh, anda boleh jual 1 dinar emas anda untuk dapatkan seekor kambing.

Begitu juga jika anda membuat tabungan untuk pendidikan anak-anak. Adalah lebih baik menyimpan dalam dinar berbanding anda menabung wang fiat. Sebab nilai emas ini kalis inflasi.

Jom dengarkan lebih lanjut lagi perkongsian saya ini dalam video di bawah ini.

I dinar = 1 ekor kambing !Apa simbolik rahsia yang tersembunyi?Jom kita live sama-sama.#irsofian

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Isnin, 20 Januari 2020

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.