Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda semua baik-baik sahaja.

Disamping kes virus Corona yang melanda, tak kurang juga berita mengenai kemurungan yang semakin meningkat. Yang paling teruk bila kemurungan ini tidak di atasi hingga menyebabkan pesakit bunuh diri. Ini adalah tahap kemurungan yang paling teruk sekali.

Pernah tak anda dengar perkataan STRESS?

Kemurungan ini terjadi apabila stress yang dihadapi tidak dapat dikawal. Jadi, hari ini saya nak kongsikan sedikit tips atau input yang anda boleh gunakan jika anda juga mengalami kemurungan. Mana tahu ada dari kalangan pembaca blog saya ini search tentang tips atasi kemurungan ke. Sebab memang kebiasaan orang yang hadapi kemurungan ini akan suka menyendiri. Tapi itu salah!

Sebab anda perlu cari orang untuk luahkan..

1. Cari sahabat/ keluarga/ orang yang dipercayai

Luahkan perasaan yang anda pendam sorang-sorang selama ini. Jangan biarkan semuanya asyik terbuku sebab dengan meluahkan anda dapat mengurangkan bebanan yang menyesak di dada anda selama ini.

2. Mengadu dengan Allah

Sebagai hambanya yang beragama Islam, sudah tentu anda perlu mengadu kepada sang pencipta. Jika bagi non muslim, boleh mengadu pada tuhan. Sebab apa? Hanya Dia yang Maha Mendengar dan lagi Maha Mengetahui. Apa pun masalah yang anda hadapi, adulah pada Nya.

3. Tukar tempat / environment

Jika sekiranya tempat atau faktor sekeliling anda yang menyebab kepada kemurungan yang anda hadapi, maka bertukarlah tempat lain, cari environment baru yang buat anda rasa lebih lega dan selesa. Sampai bila anda dapat bertahan duduk disekeliling insan yang mengata anda. Jika anda mampu untu tahan telinga, tidak apa. Tapi jika anda sudah rasa tidak tahan, maka tukarlah environment anda.

4. Tukar aktiviti

Selain itu. anda juga boleh bertukar aktiviti untuk atasi kemurungan anda. Anda boleh lakukan apa-apa aktiviti baru seperti berjoging, pergi gym, main badminton dan lainnya yang mengeluarkan peluh dan menjauhkan fikiran anda dari memikirkan soal masalah yang anda hadapi. Secara tak langsung anda boleh kurangkan kemurungan yang anda hadapi bila tidak terlalu memikirkan mengenainya.

Untuk tahu lebih lanjut dan mendalam, apa kata dengar video padat dari saya ini..

https://www.facebook.com/IrSofianFan/videos/1072970993035622/

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.