Duit adalah salah satu benda yang setiap orang mesti miliki untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun, bila di tanya antara duit dan emas, elok simpan yang mana? Duit ini bila-bila masa anda boleh gunakannya. Nak beli barang kat kedai ke, nak beli makanan ke, hatta nak beli tiket, semuanya memerlukan duit.

Tapi dari sudut menyimpan, saya ada perspektif saya sendiri. Bagi saya lebih baik menyimpan emas dari duit. Sebab duit fiat ini ada kelemahannya. Jom baca apakah sebab saya pilih simpan emas dari duit.

1. Simpan 5% – 10%

Anda perlu jadikan menyimpan ini satu tabiat tiap bulan. Selepas gaji, siap-siap asingkan 5% ke 10% dari wang gaji anda untuk simpanan. Cara ini sangat bagus untuk anda kekalkan momentum menyimpan. Lebih bagus lagi jika anda dapat tukarkan duit itu kepada emas.

Maksud saya, setiap bulan duit yang anda asing kan itu adalah untuk anda beli emas. Anda boleh pilih untuk beli emas 1 gram setiap bulan atau anda kumpul dalam 4 ke 5 bulan, kemudian terus beli 1 dinar atau jenis emas lain.

2. Emas Kalis Inflasi

Menyimpan emas dapat mengelakkan anda dari kesan inflasi yang berlaku. Kalau anda simpan duit, duit yang sama tidak akan sama nilainya selepas beberapa sela masa. Sebagai contoh yang saya boleh bagi, kalau anda menyimpan RM300, RM300 pada waktu anda menyimpan takkan sama dengan waktu akan datang sebab duit kertas ini terkesan dengan inflasi. Sebab itu dulu dengan 50sen anda boleh beli macam-macam, tapi sekarang RM5 pun anda tak dapat nak beli macam-macam. Nampak tak kesan inflasi ini?

3. Duit Mereput

Selain terkesan dengan inflasi, duit kertas ini juga boleh mereput, boleh terkoyak dan nilainya boleh hilang. Cuba anda bayangkan anda ada RM50, tiba-tiba anak anda gigit dan koyak-koyakkan duit anda itu. Automatik nilaian RM50 itu hilang dan duit itu jadi kertas sahaja.

Nak tahu lebih terperinci?

Dengarkan LIVE saya di bawah ini..

Nak SIMPAN Emas atau Duit ? Mana lebih bagus !Jom live #irsofianlive #irsofian

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Isnin, 3 Februari 2020

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.