Saya pasti ramai orang di luar sana yang ingin menjadi seperti insan berjaya yang lain. Apabila melihat kejayaan orang lain, mereka juga terasa sebab mereka juga ingin berjaya seperti mereka. Tapi bagaimana?

Sebenarnya sebelum anda berusaha ke arah medium-medium kejayaan seperti bisnes dan lainnya, satu perkara yang anda boleh lakukan adalah ubah tabiat anda yang biasa-biasa kepada luar biasa. Sebab hanya mereka yang melakukan tabiat luar biasa akan dapat kejayaan yang luar biasa.

Jika anda masih lagi mengekalkan tabiat orang biasa, bagaimana anda dapat nak jadi orang luar biasa yang berjaya?

Di sini saya ada beberapa tips yang saya nak kongsikan bagaimana cara untuk anda ubah tabiat anda yang biasa kepada luar biasa.

1) Circle

Cari kawan-kawan yang baru. Jangan duduk dalam kelompok yang sama. Jika anda nak berjaya, duduklah bersama dengan kelolpok orang berjaya. Secara tak langsung anda boleh nampak apa yang mereka ini buat, apa yang mereka ini fikir, dan apa pandangan mereka. Ikuti tabiat dan rutin-rutin mereka ini yang merubah diri anda ke arah lebih baik.

2) Seminar

Selepas duduk dalam circle yang positif, anda boleh masuk ke mana-mana kelas seminar yang memfokuskan anda dengan apakah matlamat dan azam yang anda inginkan. Kira macam kelas yang mencucui minda anda apakah yang anda inginkan, bagaimana cara untuk anda capai, dan bagamana cara supaya anda tetap di landasan ke arah matlamat anda itu.

3) Jadual

Anda juga boleh buat jadual baru dengan aktiviti anda. Masukkan apakah aktiviti baru yang anda akan lakukan. Seperti masuk NGO, masuk ke kelas seminar, dan lain-lainnya. Jadual ini membantu anda merancang aktiviti anda supaya kekal on track.

Nak dengar lebih terperinci?

Jom dengarkan dalam video LIVE saya di bawah ini..

Bagaimana cara untuk ubah 'tabiat biasa' jadi 'luar biasa'?Jom kita live !#irsofianlive

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Selasa, 4 Februari 2020

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.