Emas fizikal merupakan salah satu cabang pelabura yang juga diminati oleh ramai pelabur disebabkan kerana faktor emas itu sendiri yang mudah dicairkan. Maksud mudah dicairkan ini adalah ianya senang dibeli dan mudah dijual semula bila diperlukan.
Sebagai pelabur emas, anda kena alert dengan penurunan harga emas sebab waktu inilah yang anda nak beli emas. Penurunan harga emas inilah yang kita panggil spread (susut nilai). Macam kereta, hari ini anda beli, esok nak jual dah ada susut nilai dia. Sama juga pada emas, cumanya emas ni harga nya tidaklah terus susut. Ia akan bertahan untuk satu tempoh, Dan apabila turun, ia akan naik semula tidak seperti kereta yang tidak akan naik-naik lagi dah.
Oleh itu, sebagai pelabur elemen spread ini adalah penting untuk anda fahami supaya anda dapat mengaut keuntungan semasa proses pelaburan emas dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah lihat kepada berapa peratusan spread ini. Jika anda buat kiraan dan dapat spread bawah 10% adalah bagus. Kalau anda boleh dapat 4% atau 5% tu memang dah cukup cantik.
Apa yang anda perlu buat untuk tahu spread ini? Haa.. Semasa awal-awal anda nak beli emas , anda kena siap-siap tanya berapa harga mereka akan ambil jika anda jual balik. Lepas tu terus anda buat perkiraan berapa nilai peratusan spread yang anda dapat jika anda beli emas tersebut.
Boleh tonton selanjutnya di video LIVE saya di bawah ini. Penerangan lebih terperinci.
Apa itu 'spread' dalam pelaburan emas?Jom live #irsofianlive
Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Rabu, 5 Februari 2020