Dalam keadaan situasi sekarang ini yang tidak menentu, menjadikan dunia sedang berada dalam kegawatan. Bayangkan aje bagaimana dari isu corona virus sahaja telah melumpuhkan ekonomi dunia termasuklah negara-negara besar dan syarikat-syarikat besar.
Saya sendiri bila pergi hypermarket, tengok kosong lengang aje. Tak ada orang sangat seperti sebelum ini. Sedangkan sebelum ini rakyat malaysia ni jenis yang suka shopping.
Melihat situasi sekarang ini, apa yang anda boleh lakukan bagi membantu anda membuat peluang duit sewaktu gawat ini?
1. Fikirkan Cara Untuk Berniaga
Buat perniagaa jenis berskala kecil yang membolehkan anda meneruskan hidup. Dari modal yang kecil membolehkan anda berniaga. Anda juga boleh bermual dengan menjadi affiliate pada produk atau barangan orang lain. Dapatkan keuntungan affiliate itu dalam 20% – 30%. Cari barangan yang menjadi demand orang ramai seperti barang makanan.
2. Beri khidmat penghantaran (runner @ delivery)
Zaman sekarang ini orang dah semakin memerlukan khidmat penghantaran. Dulu kita panggil dispatch. Sekarang ni banyak dah syarikat yang buat sistem khidmat penghantaran seperti Food Panda, Grab Food, Bungkusit dan banyak lagi. Tapi apa pun, untuk jadi runner ni anda kenalah rajin. Kalau tak rajin, susahlah nak dapat banyak duit dari khidmat penghantaran ni.
3. Fikirkan Cara Untuk Berubah Kepada Teknologi (Trading)
Trading merupakan salah satu alternatif buat duit secara harian yang tidak memerlukan anda keluar rumah atau mencari orang. Ianya satu sistem yang dah tersusun, tinggal anda belajar ilmunya, berlatih dan buat. Jangan fikirkan untuk jadi kaya, tapi fikirkan untuk anda dapat survive ketika gawat melalui trading ini. Jika pemikiran anda salah, maka trading anda juga boleh hancur.
4. Buka gerai kecil
Anda boleh berniaga barangan anda sendiri seperti buat gerai hispter. Ada jual makanan dan minuman seperti burger dan kopi dan lain-lainnya.
Sebenarnya saya ada menerangkan lebih terperinci dalam video live di bawah ini.
Bagaimana mencari peluang duit pada waktu gawat.Jommm live #irsofianlive
Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Khamis, 27 Februari 2020