Hai. Assalamualaikum.
Hari ini saya nak kongsikan dengan anda berkenaan EMAS. Oleh sebab ada yang bertanya pada saya bila harga emas nak turun sebab nak beli emas. Adakah waktu sekarang ni emas tengah turun? Jadi saya rasa syok nak kongsikan sekali dengan anda semua berkenaan topik ini.
Sebenarnya emas ini adalah salah satu medium pelaburan yang anda boleh turut serta. Saya cakap terus teranglah ye. Dalam bidang pelaburan, tidak kiralah apa pun pelaburan, ramai pelabur akan rasa takut untuk memulakan. Tapi ramai yang akan berkejar-kejaran nak join bila pelaburan tersebut telah bermula, dan on track.
Sebab apa macam tu? Sebab ada satu FEAR dalam diri mereka. Kan banyak scammer muncul waktu sebegini yang buat mereka takut. Jadi masing-masing hanya tengok-tengok dulu. Bila nampak okay, nampak pelabura tu dah rancak, dah bagus, baru mereka join.
Tapi keadaan sebegini menyebabkan mereka ini join pada waktu harga pelaburan dah nak meletop. Akhirnya bila waktu mereka join, harga mula drop balik, ahirnya mereka sendiri pula yang tanggung kerugian.
Dalam pelaburan emas, ada perkara yang anda perlu beri perhatian iaitu mengenai STRAGETI. Jika anda kuasai startegi pelaburan tersebut, maka barulah anda tidak tanggung kerugian.
1. Strategi Dapat Harga Murah
Bagi mendapatkan harga murah atau rendah, anda perlu berkawan dengan INSIDER dalam pelaburan tersebut. Hanya insider yang tahu dan nampak peluang sama ada sesuai atau tidak untuk anda membeli emas atau tidak. Oleh kerana insider ini tahu bilakah waktu harga emas ini rendah dan mereka inilah yang awal berpusu-pusu beli emas sewaktu harganya rendah.
Selain berkawan dengan insider, anda juga perlu fahami tentang teknikal. Nak tak nak, kena ambil tahu teknikalnya supaya anda boleh join semasa fasa harga emas belum meletop. Kalau orang yang tahu, mereka lebih cenderung join sewaktu harga emas dah nak meletop iaitu ketika masa insider dan nak take profit dari pelaburan mereka. Selepas insider dan investor sell off (take profit) dari pelaburan mereka, maka harga akan turun semula.
Apa yang beri kesan kepada emas?
Bila ada kemelut yang melanda. Macam sekarang ini, apakah kemelut yang sedang melanda kita? Kemelut corona virus dan kemelut ekonomi dunia. Benda ini dia beri kesan kepada world wide. Bila bagi kesan pada world wide, harga emas mulai meningkat sebagai save haven mereka.
2. Strategi Dapat Harga Bagus
Selain tahu mana nak dapat harga murah, anda juga perlu tahu bagaimana untuk mendapatkan harga yang bagus. Nak tahu harga bagus, anda kena monitor keadaan currency negara kita. Jika currency kita stabil, maka kita akan dapat harga emas yang bagus.
Oleh sebab harga emas dunia ini berpandu pada harga USD, jadi apabila kita nak berjual beli di Malaysia kenalah tukarkan dulu kepada matawang Ringgit Malaysia. Bayangkan sebelum ini harga emas adalah $1600/oz nak tukar kepada currency kita adalah MYR4.20. Jadi harga emas mahal.
Tapi cuba bayangkan jika negara kita dapat mengekalkan kestabilan matawang negara menjadi MYR4.00 atau balik kepada harga suatu ketika dahulu iaitu MYR3.80. Maka harga emas yang mahal tadi jadi murah. Nampak tak? Currency negara kita sangat memainkan peranan.
Beberapa hari lepas negara kita ada percaturan politik tentang pemilihan PM8 yang akhirnya beri kesan kepada keadaan currency kita yang dari MYR4.10 menjadi MYR4.20. Ia telah menyebabkan harga emas turut naik.
Dengarkan secara terperinci penerangan saya dalam video LIVE saya di bawah ini.
Harga emas naik aje! Bila nak turun ?Jomm live #irsofianlive
Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Selasa, 3 Mac 2020