Musim gaji adalah musim yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang bekerja. Disebabkan kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setelah gaji masuk. Ada banyak hutang dan perbelanjaan yang menunggu untuk dihabiskan duitnya..
Saya rasa setiap orang juga mengalami situasi yang sama apabila gaji. Tapi, ada juga sesetengah orang yang menunggu musim gaji dengan penuh keterujaan. Kerana pada waktu tersebut mereka boleh pulun buat iklan untuk dapatkan sale bagi barang jualan mereka.
Jadi sebagai seorang individu yang hidup dalam zaman serba serbi memerlukan duit, apa yang perlu anda lakukan adalah mencuba untuk berjimat selagi boleh. Apa pun caranya anda boleh fikirkan untuk membolehkan anda survive untuk masa depan anda.
Saya ada beberapa tips yang nak kongsikan dengan anda tentang macam mana caranya untuk anda jimat berbelanja.
- Buat senarai barang yang anda nak beli awal-awal sebelum gaji anda masuk. Sekurang-kurangnya anda tahu berapakah kos perbelanjaan yang bakal anda keluarkan semasa gaji nanti. Senarai ini juga sebenarnya membantu anda dari terlajak membeli sesuatu yang tidak perlu.
- Ambil tahu di mana tempat atau platform yang anda boleh beli barang dengan lebih murah berbanding tempat lain. Bab ini memang sangat perlu survey awal sebelum anda membeli. Boleh pergi ke kedai-kedai besar seperti pasaraya untuk bandingkan harga, dan juga survey di platform atas talian. Selepas anda dah tahu di mana tempat yang murah, rutin pada bulan seterusnya sudah senang bagi anda.
- Boleh bawa bekal ke tempat kerja. Ini bagi anda yang bekerja dan jimat duit belanja beli makanan tengah hari. Kadang-kadang nak fikir makan tengah hari pun dah satu hal. Takut kawan ajak makan yang mahal-mahal, bolehlah bawa bekal. Saya rasa budaya bawa bekal ini pun masih ramai yang buat sekarang ini.
- Asingkan barang keperluan dan kehendak. Anda kena dahulukan apa yang penting. Kadang-kadang nafsu kita ni bila nampak semua nak beli, padahal benda tu tak penting pun.
- Cek balik apa langganan yang anda buat seperti telefon, siaran tv dan lain-lain. Anda boleh pilih untuk terminate atau bertukar kepada langganan yang lebih murah. Apa pun lihat kepada pemakaian anda sendiri. Jika anda tidak memerlukan atau anda tidak menggunakan sangat, anda boleh memilih langganan lain yang bersesuaian dengan cara penggunaan anda.
- Menabung untuk simpanan masa depan, waktu kecemasan dan apa-apa perancangan yang lain. Yang ini bukan lah bab jimat, tapi ia penting juga sebab bila anda menabung, kuranglah anda berbelanja ke tempat lain. Sebab duit ini kalau tak disimpan, ada aje benda yang akan dihabiskan.
Itulah serba sedikit perkongsian dari saya tentang macam mana anda nak jimat berbelanja. Sebenarnya jika anda jenis kaki shopping, anda boleh beli dekat tempat yang bagi shopback balik. Sekarang ni dah ada macam-macam platform yang bagi pulangan balik walaupun sedikit. Sekurang-kurangnya anda masih dapat berjimat lagi dari tiada apa.