Apabila pihak kerajaan telah memerintah agar rakyat duduk rumah dari tempoh 18hb hingga 31hb Mac ni apa yang buat anda terfikir? Kenapa kita diminta berkurung, duduk dalam rumah selma 14 hari ini? Kenapa? Jom kita lihat dulu bagaimana penyebaran covid-19 ini terjadi.

Mungkin ramai yang tidak faham. Tapi ini lah jawapannya di mana tempoh 14 hari itu merupakan tempoh paling penting untuk kita semua patuhi sebab ia satu tempoh yang mampu untuk menghentikan penyebaran covid-19.

1. Orang yang disyaki pembawa covid-19 yang kuarantin diri selama 14 hari, jika tiada apa terjadi orang itu selamat dan bebas covid-19.

 2. Cuti 14 hari dapat hentikan penularan covid-19 daripada merebak kepada orang lain.

Bayangkan jika seorang murid mula cuti 16 Mac selama 14 hari. Dia akan mula ke sekolah pada hari ke-15. Tapi seandainya pada hari ke-10 murid itu berjalan-jalan ke kawasan yang berisiko dengan covid-19, mungkin pada hari ke 14 atau 15 belum ada tanda-tanda dia sakit, tetapi dia sudah membawa covid-19 d tubuhnya dan berpotensi menjangkiti kawan yang lain jika dia masuk ke sekolah pada hari ke-15. Maka 14 hari cuti sekolahnya itu, tidak ada guna jika penularan terjadi juga di sekolah, malah rantaian penularan covid-19 ini tidak akan terputus.

Oleh sebab itu, kerajaan sangat menyarankan agar rakyat Malaysia patuhi arahan perintah kawalan pergerakan untuk tidak ke mana-mana dalam tempoh 14 hari tersebut. Ia adalah satu tindakan yang PERLU dan WAJIB dipatuhi supaya penularan covid-19 dapat dihentikan.

3. Selama 14 hari sangat berguna untuk memantau gejala-gejala covid-19. Dalam tempoh inilah jika anda mempunyai gejala demam, batuk, selsema, sakit tekak dan sesak nafas, anda harus mengisolasikan diri anda untuk keselamatan orang lain juga. Jangan jadi penyebab pembunuh kepada orang lain.

Jika nak dibandingkan apa yang telah terjadi pada Itali, Malaysia sudah hampir melalui fasa-fasa yang Itali pernah lalui pada awalnya dahulu. Ia sangat menggerunkan dan menakutkan.

Tapi cubalah sama-sama kita patuhi supaya kita dapat mengekang covid-19 ini terus menular. Kesianlah kepada barisan hadapan perawat-perawat yang sanggup berkorban masa, tenaga dan keluarga hanya demi untuk berkhidmat merawat pesakit covid-19. Jangan biarkan mental mereka ini koyak dan down hanya disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab kita.

Saya ada kupas tentang “Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan” dalam vide LIVE saya di bawah ini. Jom dengarkan..

https://web.facebook.com/IrSofianFan/videos/2650702095205487

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.