Sebagaimana yang kita semua maklum, kuasa besar dunia ni merujuk kepada negara Amerika Syarikat. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan negara Itali yang mengatasi China apabila mempunyai kes virus corona paling tinggi di dunia.

Namun, hari ini kita pula dikejutkan dengan data terbaru bahawa Amerika Syarikat telah berjaya mengatasi Itali dan menduduki tempat teratas bagi carta kes virus corona yang melanda. Data menunjukkan bahawa Amerika Syarikat telah mencapai 82,404 kes sementara 81,321 daripadanya adalah disahkan positif Covid-19. Manakala, sebanyak 1,178 kes daripada yang positif tersebut telah pun mati termasuklah 100 kes di bandar New York.  Kes yang sebenar mungkin lebih tinggi berbanding data-data yang diberikan.

Adakah kuasa besar dunia ini bakal tewas kerana virus corona yang melanda ini?

Jika sebelum ini Amerika Syarikat kata telah bersedia untuk menghadapi virus corona ini. Tapi bagaimana peningkatan kes semakin meningkat saban hari? Adakah sistem lockdown yang dilakukan tidak diikuti oleh sebahagian penduduknya?

Semoga negara Malaysia dapat segera membendung virus corona ini dari terus menerus meningkat. Kerana kesan dari perintah kawalan pergerakan ini menyebabkan ramai dari kita hilang sumber pendapatan.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.