Umum mengetahui bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada untuk melanjutkan tempoh pergerakan kawalan pergeraka ataupun tidak.

Namun, jika dilihat dari segi bilangan kes setiap hari masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda susut. Dalam sehari, mesti akan ada lebih dari 100 kes hingga ke 200 kes. Itu baru sehari. Jika dilihat dalam tempoh seminggu, boleh ada dalam 1000 kes.

Lihat sahaja sejak bermulanya kes covid-19 di negara kita hingga kini sudah mencecah lebih 4000 bilangan kes. Dan kita baru sahaja berada dalam PKP selama 3 minggu. Jadi, besar kemungkinan tempoh PKP ini akan dilanjutkan lagi.

Tidak dinafikan banyak orang yang terjejas apabila PKP ini dilaksanakan. Namun, hanya itulah satu-satunya cara bagi kita memutuskan rantaian wabak covid-19 ini dari terus menerus merebak.

Ia ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak. Ye lah, jika kita minta dihentikan perintah kawalan pergerakan ini supaya boleh bekerja macam biasa, oleh sebab bilangan kes masih belum menyurut, maka peluang terkena dan dijangkiti wabak ini sangat tinggi sebab kita tidak tahu siapakah yang membawa penyakit ini. Ia mudah tersebar hanya melalui sentuhan. Sentuh meja, meja dah ada virus. Orang lain sentuh meja, orang tu bawa virus. Orang yang bawa virus balik rumah, keluarganya pula kena, keluarganya pula hantar anak ke rumah pengasuh, keluarga pengasuh pula bawa virus. Dan ia terus dan berterusan tersebar.

Tapi, jika kita minta diteruskan PKP ini hingga kes ini sifar, kerja kita pula terjejas. Sumber pendapatan pula terhenti. Di mana nak cari duit supaya sentiasa ada. Lebih-lebih pada orang yang bergantung pada gaji harian. Yang mana bergantung pada gaji bulanan, mungkin terpaksa ambil cuti tanpa gaji atau gajinya terpaksa dipotong. Paling teruk terpaksa diberhentikan kerja pula.

Itulah yang saya katakan ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak. Apa pun keputusan, kita terpaksa hadapinya juga kerana itulah ujian yang diberikan pada kita. Mungkin selepas ini, 100 tahun kemudian, cicit kita pula yang akan merasai zaman wabak ini sekali lagi. Namun, mungkin pada masa itu kerajaan waktu itu sudah ada sejarah pernah menghadapi wabak, Maka tindakan segera boleh diambil berdasarkan kepada sejarah wabak yang kita hadapi ini.

Saya melihat betapa kerajaan cuba untuk menyelesaikan kes wabak ini dengan baik termasuklah mereka juga menyediakan petugas khidmat psikolog bagi merek ayang terkesan sepanjang covid-19 ini.

Jika anda rasa emosi anda terganggu, hubungilah nombor petugas tersebut. Jika anda sudah terputus bekalan makanan dan duit, jangan segan untuk meminta tolong pada orang lain termasuklah jiran. Sekarang ini ramai badan NGO serta personal yang sudi memberi bantuan bekalan makanan.

Sama-samalahkita berdoa semoga Allah angkatkan wabak covid-19 ini segera dari bumi. Supaya kita dapat jalani semula kehidupan harian kita dengan lebih baik. Banyak yang perlu dibangunkan semula selepas apa yang terjadi kerana wabak ini seiring dengan krisis ekonomi dunia.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.