Assalamualaikum & selamat menyambut bulam ramadhan.

Ramadhan kali ni kira semakin cepat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sekarang kita sambut ramadhan bulan 4, jika tahun-tahun sebelum ni, buln 5, 6 , 7, 8, dan kebiasaannya bulan 11 dan 12 lah. Tapi, apa yang paling uniknya ramadhan tahun ini adalah sebab kita menyambut ramadhan daam keadaan perintah kawalan pergerakan.

PKP ni dah dikuatkuasakan sejak 18 Mac lagi dan hingga kini sudah sebulan lebih kita terpaksa duduk di rumah, kena jaga jarak, tidak boleh bekerja seperti biasa, tidak boleh keluar rumah seperti biasa, hanya boleh keluar atas urusan beli barang rumah sahaja, itu pun hanya ketua keluarga atau wakil.

Sepanjang tempoh ini PKP ini dilaksanakan juga akhirnya kita dapat lihat kes aktiv covd-19 di negara kita sudah semakin melengkong. Tujuan asal PKP dilaksanakan sudah pun tercapai iaitu untuk melengkongkan kes aktif coviid-19. Walaupun kes covid-19 sudah semakin berkurang setiap hari, tapi, itu masih belum memberikan nafas kelegaan selagi mana seluruh negara masih lagi berdepan dengan wabak ini dan kita belum jumpa vaksinnya lagi.

Berbalik pada bulan puasa ni, bila cakap pasal puasa, mesti ramai yang memikirkan soal menu-menu untuk berbuka dan bersahur. Selalunya lebih pada menu berbuka puasalah. So, bulan puasa kali ini menunya tu anda masak di rumah atau order makanan online je? Yelah, nak ke bazaar ramadhan tak ada pulak kan.

Pasti musim ni ramai ibu-ibu yang mencuba pelbagai resepi masakan tidak kiralah lauk pauk atau kuih muih. Waktu PKP ni rasanya lebih ramai yang luangkan masa mencuba pelbagai resepi yang sebelum ini tidak berkesempatan untuk dibuat. Cumanya antara jadi atau tidak aje kan.

Dan tidak kurang juga ada yang sudah mula bosan untuk masak di rumah sejak dari PKP dan menggunakan perkhidmatan delivery untuk memesan makanan secara online. Bulan puasa ni ramai juga yang mengambil peluang untuk menyediakan juadah berbuka secara online. Ada yang ambil order untuk kawasan area berdekatan rumahnya. Atau ada yang ambil order untuk area yang luas sedikit tapi memerlukankhidmat runner.

Saya boleh kata perkhidmatan ini sangat diperlukan musim PKP ni. Dan orang yang menyediakan makanan delivery juga diperlukan saat-saat sebegini. Jika ada makanan yang boleh dimakan siap sedia terus seperti sambal travel juga sangat memudahkan suri rumah. Nak sahur atau berbuka tak perlu susah-susah fikir nak masak apa, nak makan apa dah.

Apa pun, kita disarankan untuk terus berjimat cermat dalam berbelanja tidak kira memasak di rumah atau order makan luar sebab kita tidak tahu sampai bila krisis yang kita hadapi ini akan tamat. Walaupun sudah tamat PKP, mungkin kita akan hadapi norma hidup baru yang berlainan sebelum dari wabak berlaku.

Saya doakan agar anda semua sihat sejahtera sepanjang ramadhan ini. Dan semoga kita dapat beramal ibadah sepanjang ramadhan ini.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.