Saya selalu mendapat keluhan dan pertanyaan sebegini di dalam group support TG4M:

“Macam mana nak buat setiap kali terlebih yakin atau over confident mesti loss?”

“Saya rugi, rasa down sangat, macam mana nak naikkan balik semangat ye?”

“Sebab tamak sebelum ni, akaun saya MC. Macam mana nak deal supaya tak tamak?”

Di dalam trading, memang setiap trader akan hadapi masalah sebegini sepanjang perjalanan trading mereka. Apabila dah mula pandai dan mempunyai skill, mereka mula terlebih confident. Apabila mereka rugi, mereka mula rasa down. Apabila mereka dapat banyak profit, mereka mula rasa tamak.

Bukan kata trader baru, trader lama juga akan ada yang mengalami situasi seperti ini juga lagi. Selagi mana mereka ini tidak menguruskan trading mereka dengan betul, selagi itu mereka akan hadapi situasi yang sama.

Trading Umpama Memancing

Saya akan terangkan dengan perumpaan yang mudah untuk anda faham. Dunia trading ni boleh diumpamakan macam kita nak memancing di lautan yang sangat luas dan dalam. Ada bermacam-macam ikan di dalamnya. Sebelum itu, apa yang perlu kita lakukan adalah sebagai pemancing, kita kena sediakan umpan (modal). Takkan nak pergi tangan kosong? Apa yang nak ditangkapkan kalau umpan pun tak ada?

Selepas ada umpan (modal), kita kena pula tahu kawasan mana yang kita nak pancing. Bak kata tokan, lubuk ikan atau port paling masyuk lah. Sebab ada kawasan yang kita tunggu lama pun ikan tak makan umpan sebab ikan tak duduk kat situ. Dalam erti trading, trader kenalah tahu zon bila nak trade. Bukan boleh trade 24 jam. Ada masa-masa tertentu.

Bila dah memancing, dah dapat ikan, berapa limit ikan yang anda ingin kan? Yang ni anda kenalah tahu. Takkan anda nak memancing sampai penuh muatan sampan anda? Sampai boleh naik karam sampan anda? Haa.. Jadi kena ada limitnya, ada hadnya. Bila cukup had yang anda tetapkan, berhenti dan baliklah. Macam itu jugalah trade.

Tapi macam mana pula kalau mancing tak ada ikan? itu maknanya tak ada rezeki untuk andalah. Jadi anda kena setkan bahawa akan ada masa anda akan dapat untung dan akan ada masa akan rugi. Yelah, dah rugi masa mancing, rugi beli umpan, rugi sewa sampan, rugi isi minyak, semua tu kos kerugian yang and akena terima. Dan tetap bersyukurlah menerima kerugian tersebut sebab anda kena tahu apa awal sebelum memancing memang itu akan terjadi.

Samalah juga keadaannya dengan trading, anda kena setkan pada awal sebelum trade bahawa memang akan ada rugi, baru anda akan dapat terima dengan baik. Namun, ia akan jadi lain jika anda hanya fikirkan soal untung pada awalnya tanpa fikirkan rugi kerana apabila anda hadapi kerugian, itu yang menyebabkan anda tidak boleh terima kerugian dan anda mula menyalahkan dunia trading, guru trading, kawan-kawan yang ajak dan lain-lain. Sedangkan anda patut tahu lumrah trading mesti ada untung mesti ada rugi.

Faham kan perumpamaan yang saya berikan?

Apabila rugi, anda perlu muhasabah diri kembali. Ingat balik di mana silap anda. Cari balik apa yang anda buat sebelum ini yang  menjerumuskan anda kepada kerugian. Skill and atak cukup power? Ilmu anda tak cukup khatam? Anda tak buat analisis dengan betul? Anda main entry tanpa screening dahulu? Anda main ikut kawan? Sebab mesti ada silapnya.

Jika anda rasa susah untuk tahu di mana silapnya, anda boleh jumpa guru anda, atau minta nasihat kawan anda. Mereka yang berpengalaman boleh tengok dan tahu di mana kesilapan yang anda lakukan. Selepas anda tahu silap anda, apa yang perlu anda lakukan? Berubahlah. Tapi bila?? Sekarang?? Atau kemudian??

Kebiasaannya isu dalam trading adalah berkaitan EMOSI. Bukan sebab trader tidak tahu nak trade.

1) ILMU

Ilmu adalah kunci kepada semuanya selepas ini. Oleh sebab itu anda kena polish ilmu trading, ilmu analisis, ilmu baca chart, dan bermacam-macam selok-belok imu lagi untuk faham market dengan lebih mendalam.

Macam mana nak dapatkan ilmu? Sekarang ni banyak dah cara yang anda boleh dapatkan ilmu. Hanya dihujung jadi aje. Tapi jika anda jenis yang cepat faham pembelajaran online, pembelajaran jarak jauh, eloklah. Tapi kalau anda jenis yang nak kena berguru, baik cari guru dan berguru terus.

2) SKILL

Bila dah ada ilmu, baru anda sesuaikan dengan diri anda, sesuaikan dengan cara dan gaya trading anda. Dalam persilatan kita kata cari senjata yang paling sesuai dengan diri kita. Kita rasi dengan tombak ke, dengan pisau ke, dengan kaki tangan ke, yang mana satu.

Macam itu jugalah ilmu trading. Carilah skill yang anda rasa rasi dengan anda. Yang anda rasa selesa dan mudah nak apply dalam apa jua situasi. Ia bakal jadi senjata paling POWER yang anda ada nanti.

Sebab itu, walaupun semua orang belajar ilmu yang sama, tetapi tak semua orang mahir skill yang sama sebab masing-masing ada pegang skill tersendiri. Ada yang suka teknik kipas. Ada yang suka teknik MACD. Ada yang suka teknik Awan. Ada yang suka BB. Ada yang suka MA. Nampak tak? Semua orang pegang senjata yang mereka rasa sesuai dengan diri mereka.

Macam mana mereka ni nak dapatkan dan mahirkan skill mereka ini?

Tentulah dengan kerap kali melakukan latihan demi latihan Kena selalu berlatih lihat market, baca market, faham market. Lagi bagus kalau dapat fokus pada satu-satu market sahaja dahulu seperti apa yang dilakukan oleh student TG4M iaitu fokus pada gold market. Sebab apa perlu fokus pada 1 market?

Bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia trading, sudah  tentu sukar untuk dia fahami rentak market sebab setiap market ni mempunyai rentak dan ragam berbeza-beza, itu yang kita panggil Mr.Market. Sebagai contoh, kalau dia tengok stock market yang ada dalam Malaysia aje dah lebih 1500 kaunter. Setiap kaunter itu mewakili syarikat berbeza-beza. Dan sudah tentu setiap syarikat mempunyai share holder dan management tersendiri. Macam mana dia nak fokus dengan kesemua syarikat dan kaunter ni? Sebab dia kena scan satu per satu.

Sama juga dalam market international atau komoditi. Oleh sebab itu, apabila trader fokus pada satu-satu market, dia boleh kenal bentuk ragam dan perangai market tersebut. Dan bila dia faham perangai market ni, dia akan tahu bagaimana market ini bergerak. Macam seorang guru faham perangai anak muridnya.

Apa yang anda perlu adalah DISIPLIN. Disiplin dalam menguasai ilmu dan memahirkan skill anda.

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.