Perjalanan dalam dunia trading sememangnya sangat mencabar. Jika trader tidak berpegang kepad rules yang ditetapkan, mungkin sahaja trader boleh tersungkur dipertengahan jalan atau berpatah balik ke garis pemula.
Antara rules yang boleh trader ambil jadikan pegangan untuk meneruskan perjalanan dalam bidang trading ini ialah seperti di bawahi ini.
1. Stop compare your trade with others
Berhentilah dari membuat perbandingan antara trade anda dan trade orang lain sebab setiap trader mempunyai cara dan gaya trading tersendiri. Ada trader juga mempunyai waktu trade yang tidak sama dengan anda. Oleh itu, berhentilah membuat perbandingan.
2. Don’t think what others think about you
Jangan fikir apa yang trader lain fikir tentang anda kerana ianya tidak berbaloi pun. Apa yang penting adalah apa yang anda fikirkan tentang diri anda bukan orang lain.
3. Stop overthink & start take action
Berhentilah terlalu berfikir dan ambil tindakan kerana hanya dengan tndakan baru anda akan dapat lihat kesannya. Tiada guna fikiran tanpa tindakan. Jika anda fikir dan risaukan sesuatu pun tidak guna. Yang penting bertindak.
4. Don’t try to get your losses
Jangan cuba-cuba untuk mendapatkan kembali modal anda yang telah hangus kerana ia hanya akan menyebabkan trading anda lebih teruk sebab terlalu mengejar keuntungan melampau. Sebaiknya anda muhasabah diri dan perbaiki semula kesilapan anda dan jangan ulanginya semula.
5. You are the only person to determine your successful
Anda adalah orang yang bakal menentukan kejayaan diri anda. Bukan orang lain. Jika diri anda, minda anda, perancangan anda, semuanya telah tersedia, maka sudah tentu perjalanan trading anda akan berjalan dengan lebih baik.
Bersediakah anda untuk sebuah perjalanan yang sukar dalam trading ini?